Monday, February 22, 2021

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Other News

New cases dip to 2,192 as recoveries stay ahead

3,414 recoveries, six more deaths.

Child sex abuse trial of defrocked US priest in East Timor abruptly postponed

The case against Richard Daschbach is East Timor’s first child sex case brought against a priest.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Economy to recover this year on effective vaccine deployment, says World Bank

The World Bank expects Malaysia's economic growth this year to range from 5.6 to 6.7%.

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55, yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan Umno Johor, yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan Umno Johor sebagai responden.

Dalam penghakiman, Muhammad Jamil berkata mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram, dan Badan Perhubungan Umno Johor telah mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa wang yang disita diterima daripada sumber-sumber lain.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah dapati pemohon gagal membuktikan bahawa wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim itu.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim, manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan Perhubungan Umno Johor.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap Umno Johor mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata agensi itu telah memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mahkamah diberitahu Zahid mungkin langgar PKP hadiri mesyuarat Umno di Janda Baik

Hakim berkata ini bukan kali pertama perbicaraan bekas rasuah presiden Umno itu ditangguhkan atas sebab sama.

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Jangan hanya sokong mahkamah ketika keputusan berpihak kepada kita

Janganlah apabila sesuatu penghakiman itu tidak mengikut selera kita, kita kata mahkamah tidak adil.

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Sebutan semula kes rasuah Guan Eng, isteri 28 Mei ini

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Guan Eng dan isteri meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat.