- Iklan -
Berita

Putrajaya umumkan senarai 19 anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 akan dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara, Ariffin Zakaria. Gambar: Bernama
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 akan dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara, Ariffin Zakaria. Gambar: Bernama

Putrajaya hari ini mengumumkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut pejabat perdana menteri, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara, Ariffin Zakaria itu akan dianggotai:

1. Samsudin Osman, bekas ketua setiausaha negara.
2. Norian Mai, bekas ketua polis negara.
3. Zulkifli Zainal Abidin, bekas panglima angkatan tentera.
4. Dr Mohamad Taha Arif, bekas ketua pengarah kesihatan.
5. Dr Yahya Awang, pakar bedah jantung.
6. Ter Leong Yap, presiden gabungan dewan perniagaan dan perindustrian Cina Malaysia.
7. R Palan, pro-canselor Universiti Cyberjaya.
8. Sallehuddin Saidin, bekas timbalan pendakwaraya pejabat peguam negara.
9. Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis.
10. Dr Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam.
11. Sukarti Wakiman, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah.
12. Noh Omar, ahli Parlimen Tanjung Karang.
13. Rohani Abdul Karim, ahli Parlimen Batang Lupar.
14. Azizah Mohd Dun, ahli Parlimen Beaufort
15. Nik Muhammad Zawawi Salleh, ahli Parlimen Pasir Puteh.
16. Saifuddin Nasution Ismail, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
17. Anthony Loke, ahli Parlimen Seremban.
18. Dzulkefly Ahmad, ahli Parlimen Kuala Selangor.