Monday, June 14, 2021

Kekangan belajar secara dalam talian akan diatasi dengan kaedah lebih berkesan, kata menteri

KPM cari kaedah berkesan untuk murid susulan penutupan sekolah.

Other News

Kerajaan sentiasa mencari kaedah pembelajaran yang berkesan untuk memastikan pelajar mendapat peluang pendidikan berkualiti di sebalik penutupan sekolah ekoran gelombang ketiga pandemik Covid-19, kata Menteri Pendidikan Radzi Md Jidin.

Beliau mengakui ruang untuk belajar secara bersemuka tiada namun kementerian akan mengatasinya dengan mengoptimumkan kaedah pembelajaran, antaranya mengedarkan bahan pengajaran kepada murid yang tiada akses internet.

“Kita akui, murid-murid hilang masa sekolah. Inilah cabaran utama kita ketika berlaku gelombang ketiga.

“Kita tidak mahu jika sekolah dibuka, akan berlaku jangkitan kerana seperti kita maklum, berlaku banyak kluster di tempat kerja dan ini akan menyebabkan anak-anak juga berisiko mendapat jangkitan,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2021 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyatakan kerisauan mengenai sesi persekolahan yang hanya dibuka kira-kira 4 bulan tahun ini.

Lim mendakwa, penutupan sekolah dalam tempoh yang lama dikhuatiri akan menjejaskan masa depan sumber manusia negara.

Sementara itu, Maszlee Malik (Bebas- Simpang Renggam) mempersoalkan apakah jaminan Kementerian Pendidikan agar kandungan TV Pendidikan dapat disiapkan selepas tarikh tamat projek yang diberikan kepada syarikat Radius One Sdn Bhd itu dilanjutkan.

Bekas menteri pendidikan itu turut bertanya mengapa syarikat itu mengambil tempoh begitu lama untuk menyiapkan 25 daripada 800 siri kandungan yang diperlukan.

Menurut Radzi projek tender terbuka yang bernilai RM1.92 juta itu mengalami kelewatan kerana terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Sehubungan itu, tarikh tamat projek itu dilanjutkan dari 30 November 2020 kepada 31 Mac 2021.

“Pada masa ini syarikat terbabit menghasilkan 25 episod video pendidikan yang telah disiarkan dan 63 sedia untuk disiarkan, manakala 712 episod lagi masih dalam pelbagai peringkat penghasilan.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles