Wednesday, November 25, 2020

Bicara kes rasuah Rosmah ditangguh kerana PKPB

Perbicaraan ditangguhkan ke 11 Disember depan.

Other News

Menteri BN sokong penuh Muhyiddin

Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan bersama itu.

Singapore deports Bangladeshis over anti-France posts

The individuals, most of whom were construction workers, put up social media posts 'which incited violence or stoked communal unrest' in response to the attacks in France.

Russia says Sputnik V vaccine 95% effective

It can be stored at between two and eight degrees Celsius instead of the temperatures below freezing required for some other vaccines.

FIFA bans head of African football from the game over corruption

CAF paid for Ahmad and other Muslim federation heads to travel to Saudi Arabia for the umrah pilgrimage.

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.

Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan ke 11 Disember depan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata mahkamah menetapkan tarikh sambung bicara yang baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu dari 9 November sehingga 6 Disember depan.

“Kami terima pemakluman (berkenaan tarikh sambung bicara baharu) melalui emel daripada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi pada 12 November lepas,” katanya menerusi WhatsApp.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung selama empat hari sepanjang minggu ini, dengan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid yang merupakan saksi pendakwaan kelima, dijadual dipanggil semula bagi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Mahkamah pada tarikh sama, juga akan mendengar permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan di antara Rosmah dan suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak, sebagai bahan bukti di mahkamah.

“Kami terima pemakluman (berkenaan tarikh sambung bicara baharu) melalui emel daripada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi pada 12 November lepas,” katanya menerusi WhatsApp.

Seramai 23 saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Rosmah, 69, yang diwakili barisan peguam diketuai Jagjit Singh, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.

1,884 kes baru Covid-19, Selangor tertinggi

Sebanyak 883 pesakit pulih.

1,096 kes baru Covid-19, 1,104 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor kekal negeri tertinggi kes Covid-19 iaitu sebanyak 603 jangkitan baru.

Bagaimana Covid-19 sebabkan pendapatan golongan agama terjejas

Pusat ibadah ditutup dan banyak majlis keramaian dihadkan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.