Thursday, February 25, 2021

Teliti perbelanjaan, jangan ‘panik’ keluar akaun 1 KWSP, kata badan pemikir

Tindakan itu berupaya merosakkan masa depan pencarum kerana tidak semua mempunyai perancangan kewangan yang baik.

Other News

Perak Man, rangka manusia berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah

Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Injunctive orders and the deportation of Myanmar nationals

It would have been tenuous to rely on a stay order to prevent the government from deporting the 1,200 Myanmar nationals.

New look for Burger King as it announces major expansion despite pandemic

Burger King Malaysia plans to grow its restaurant base by 20% by the end of the year.

Making MySejahtera mandatory victimises the non-IT savvy and the poor

Consumers Association of Penang urges the government to reconsider the move, given the plight of the elderly and those who do not possess smartphones.

Pasaran hartanah kekal stabil dalam tempoh pandemik

Tiada perubahan ketara secara keseluruhan dari segi permintaan harga untuk suku keempat 2020, dengan pasaran dijangka terus meningkat pada 2021.

Putrajaya perlu membuat perancangan teliti sebelum menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, kata badan pemikir menjelang pembentangan Belanjawan 2021 minggu ini.

Badan pemikir Emir Research dalam satu kenyataan berkata, negara sedang berdepan dengan situasi yang tidak dijangka dan belum pernah berlaku sebelum ini, atas sebab itu tindakan panik seperti pengeluaran jumlah besar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak digalakkan.

“Mereka yang mempunyai celik kewangan yang rendah boleh merosakkan jaminan keselamatan sosial dan masa depan mereka sendiri,” kata Ameen Kamal dan Sofea Azahar dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Sebelum ini bekas perdana menteri, Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran RM10,000 secara one off daripada akaun 1 caruman KWSP dalam usaha meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya pengeluaran wang tersebut dibenarkan, kerajaan mungkin tidak dapat mengekalkan baki tunai untuk terus menjana pendapatan kepada negara, membiayai perbelanjaan rakyat mengembangkan simpanan persaraan rakyat.

“Cadangan ini terdengar sungguh menggoda dan senang kepada pencarum merana mereka dapat wang tunai dengan cepat.

“Bagaimanapun pengeluaran itu akan mempengaruhi aliran tunai dari pengurusan dana institusi yang boleh dikekalkan untuk rakyat melalui aktiviti pelaburan.”

Tambah kenyataan itu lagi, meskipun jumlah kutipan yang tepat dari caruman bulanan KWSP belum ada untuk tahun ini, akses ke Akaun 2 KWSP melalui i-Lestari sudah merekodkan pengeluaran lebih dari RM11 bilion daripada lebih 4.7 juta ahli sejak April tahun ini.

Menurut kenyataan itu, simpanan KWSP dicipta untuk masa depan, pengeluaran jumlah besar semata-mata untuk penyelesaian jangka pendek akan merosakkan masa depan pencarum terutama sekali mereka yang mula berumur memandangkan Malaysia memiliki rakyat yang tua.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan sudah pasti tidak mempunyai pilihan lain.

“Cadangan ini terdengar sungguh menggoda dan senang kepada pencarum merana mereka dapat wang tunai dengan cepat.

Atas sebab itu, persetujuan tidak boleh dibuat secara menyeluruh untuk semua pencarum, tetapi hanya terhad kepada individu yang dapat membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan yang serius.

Malah, ia juga perlu disusuli dengan langkah kawalan seperti pengagihan secara berperingkat selama enam bulan dibenarkan untuk ahli berusia 40 tahun ke atas dengan jumlah pengeluaran tidak melebihi 20% seorang daripada jumlah simpanan.

Bagi mereka yang berumur di bawah 40 tahun, peratusan yang lebih tinggi boleh dipertimbangkan, 30% daripada jumlah simpanan.

“Langkah-langkah kawalan ini penting kerana sebilangan orang mungkin tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk merancang kewangan masing-masing. Ia mampu membahayakan masa depan mereka sendiri.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

Unicef sambut baik pembukaan semula sekolah di Malaysia

Agensi PBB itu berkata guru dan kakitangan sekolah perlu divaksin sejurus petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

2,192 kes baru Covid-19, 3,414 pulih, 6 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.