- Iklan -
Berita

957 kes baru Covid-19, 972 dilaporkan pulih

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 32,505 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga buah, Norhayati Dahfar, 55, menyusun buah-buahan di kedai miliknya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Seorang peniaga buah, Norhayati Dahfar, 55, menyusun buah-buahan di kedai miliknya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sebanyak 972 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 22,220 kes atau 68.36%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata terdapat 957 kes baru jangkitan Covid-19, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 32,505. Kesemua kes baru merupakan penularan tempatan.

Sabah masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 644 pesakit.

Katanya, sebanyak 10,036 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 97 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 27 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Tiada kes kematian baru direkodkan hari ini dan mangsa yang maut kekal 249 orang,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, terdapat dua kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Usaha melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor serta Kluster Tembaga di Pulau Pinang.