- Iklan -
Berita

660 kes baru Covid-19, 4 kematian direkodkan hari ini

Sebanyak 233 kes pulih dah dibenarkan keluar wad.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah

Sebanyak 660 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan empat kes kematian menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 167.

Sabah mencatatkan 429 kes baru hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 17,540 kes di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 5768 kes aktif dan boleh jangkitan dengan 108 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seramai 233 pesakit Covid-19 sudah dibenarkan pulang selepas sembuh sepenuhnya.

Noor Hisham juga memaklumkan pertambahan satu kluster baru jangkitan Covid-19 di daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak bagi negeri Selangor.

Manakala bagi daerah Cheras di Kuala Lumpur dan Johor melibatkan daerah Pontian, Batu Pahat dan Johor Bharu.

Kluster ini dikenali sebagai kluster Kencana hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober lalu melibatkan kes indeks ke 13,805.

“Sehingga 14 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu disaring di mana 17 kes dikesan positif Covid-19, empat individu negatif dan dua masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 dalam negara.

Menurut Noor Hisham, berikutan peningkatan kes positif dan kluster yang aktif jangkitan wabak itu, pelbagai tindakan sudah diambil Kementerian Kesihatan Malaysia seperti menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman.

“Dalam masa yang sama, KKM dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat agar terus membudayakan norma baru kehidupan agar kita dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti,” katanya.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.