Tuesday, January 26, 2021

Banyak persoalan timbul selepas MR.DIY terbit IPO

Ketika ramai peruncit terpaksa berjuang mempertahankan perniagaan mereka, MR.DIY melakukannya dengan baik sehingga memerlukan pendanaan berbillion ringgit.

Other News

How Shanghai saved thousands of Jews from the Holocaust

Six million Jews perished during the worst genocide in human history but some were able to escape Europe for Shanghai because it was one of the very few destinations that did not require an entry visa.

KSN jalani kuarantin kendiri Covid-19

Mohd Zuki Ali menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Puerto Rico declares emergency over violence against women

Rights groups have drawn attention to the issue in recent years, staging protests and securing key demands, such as the legalisation of abortion in Argentina.

Perbezaan vaksin negara kaya-miskin semakin teruk, kata WHO

Negara-negara kaya mengeluarkan vaksin, manakala negara-negara kurang maju di dunia melihat dan menunggu.

3 lagi sekolah di Terengganu ditutup kerana Covid-19

Kesemua sekolah itu ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Januari.

Penyenaraiaan tawaran awam permulaan (IPO) oleh MR.DIY (M) Berhad minggu lalu mencetuskan minat dalam kalangan penganalisis dan pelabur kerana rangkaian peruncitan perkakasan rumah itu menyasar rekod IPO terbesar di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun terakhir, menjana RM1.5 bilion dalam dana syarikat dan memberikan nilai pasaran sebanyak RM10 bilion.

Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk disenaraikan harus memenuhi kriteria ketat tertentu seperti yang diperincikan oleh Bursa Malaysia.

Salah satu kriteria ditetapkan adalah pertumbuhan yang berterusan – dalam istilah teknikalnya adalah “rekod prestasi keuntungan” – dalam jangka masa tiga hingga lima tahun kewangan berturut-turut.

Pada akhir tahun lalu, MR.DIY mencatatkan keuntungan bersih sepanjang tahun kewangan 2019 (TK19) lebih daripada RM300 juta. Pendapatan bagi kumpulan itu untuk TK19 adalah RM2.2 bilion.

Ketika sektor peruncitan lain mengalami penurunan perbelanjaan pengguna secara tiba-tiba dan drastik akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika pandemik Covid-19, penyenaraian MR.DIY di pasaran utama menyerlah.

Penularan pandemik menyebabkan ramai peruncit tidak bersedia dan beralih menggunakan alternatif lain untuk sumber pendapatan (e-dagang), namun MR.DIY disenaraikan kira-kira empat bulan selepas fasa pemulihan PKP bermula.

Persoalan mengenai tingkah laku pengguna

Berbanding peruncit besar lain yang terpaksa mengecilkan atau menutup operasi, dan pendapatan peniaga-peniaga kecil terjejas teruk, penyenaraian sebuah syarikat ketika ketidaktentuan ekonomi menimbulkan beberapa persoalan.

Adakah pertumbuhan berterusan peruncit dalam kategori ini, yang menjual pelbagai barangan di bawah satu bumbung pada harga rendah, mencerminkan lonjakan konsumerisme yang tidak normal atau apakah ini benar-benar diinginkan pengguna?

Apakah ini strategi perniagaan baru, menarik pasaran massa untuk menjana keuntungan daripada mengharapkan kepada 20% kelas atasan untuk membeli barangan mewah?

Apakah kedai pelbagai tanda harga murah yang dibuka terlalu menarik untuk ditolak pengguna atau adakah mereka sekadar menjadi mangsa kepada taktik pemasaran manipulatif kedai itu?

Ada sebab kenapa rangkaian kedai harga patut seperti Walmart berada di kedudukan teratas senarai syarikat paling bernilai Fortune500: pengguna suka kepada kedai murah pelbagai barangan.

Namun, pembaziran dalam kedai-kedai ini meningkatkan kecenderungan kepada pengunaan tidak perlu dan akhirnya menyumbang kepada masalah lebih besar seperti kemusnahan alam sekitar dan kekurangan sumber?

“Pembaziran adalah satu kebimbangan,” kata Lee Hwok Aun, pengarang beberapa buku mengenai ekonomi Malaysia kepada MalaysiaNow.

“Akses mudah kepada produk murah – kebanyakannya tahan lama – boleh memburukkan lagi masalah pelupusan sisa pepejal,” kata Lee, yang kini bersama ISEAS – Institut Yusof Ishak yang berpusat di Singapura.

Tetapi beberapa pakar di sektor peruncitan mungkin mempunyai pandangan berbeza.

“Saya tidak rasa ia pembaziran berlebihan,” kata Andrew Kang, seorang perunding pengurusan industri FMCG (barangan pengguna cepat laris).

“Saya rasa strategi untuk barang-barang yang dijual di kedai-kedai ini memberi fokus kepada barangan mudah lupus.”

Tetapi, Kang mempersoal adakah ia konsumerisme yang adil sambil menegaskan kedai seperti MR.DIY adalah untuk golongan M40 dan B40 – pengguna yang mencari barang pada harga berpatutan, yang lebih mementingkan harga.

“Namun, produk yang mereka mampu miliki adalah produk yang pada masa sama dipersoalkan kualitinya.”

“Adakah ini adil, untuk mendorong mereka yang ingin berjimat berbelanja lebih?”

Lee menegaskan, pertumbuhan MR.DIY lebih dari satu dekad, dan rancangan untuk penyenaraian IPO mesti dilakukan sebelum pandemik bermula, berada dalam senarai awal IPO berbanding tingkah laku pengunaan dan sektor peruncitan.

MR.DIY menyediakan pelbagai barangan pada harga patut.

Tetapi katanya: Terdapat kemungkinan Covid-19 telah meningkatkan keberadaannya dalam pasaran.”

Bagi Kang,  satu persoalan yang timbul adakah wujud strategi yang benar-benar jelas bagi mengumpul semula dan memberi ganjaran selepas penyenaraian IPO atau sekadar strategi di atas kertas untuk memenuhi tuntutan kewangan, dan adakah konsumerisme “bata dan mortar” merupakan langkah ke hadapan.

“Secara peribadi, saya meragui pembukaan lebih banyak kedai adalah langkah ke hadapan. Pengguna Malaysia kini ke arah digital.”

Perniagaan “bata dan mortar” merujuk kepada perniagaan tradisional yang mempunyai kehadiran fizikal dalam bentuk kedai, stor, gudang, kilang dan lain-lain.

Tetapi Lee mempunyai pandangan berbeza dengan berkata, “Apabila pengguna semakin ramai berbelanja di pasar raya, mereka juga akan ke MR.DIY berbanding kedai perkakasan rumah berdekatan rumah mereka.

“Dengan peningkatan pendapatan isi rumah, rakyat Malaysia mungkin lebih cerewet dalam mencantikkan rumah dan produk-produk itu dijual di MR.DIY.”

“Secara peribadi, saya meragui pembukaan lebih banyak kedai adalah langkah ke hadapan. Pengguna Malaysia kini ke arah digital.”

Di mana kedai-kedai kecil?

Adakah kejayaan rangkaian kedai perkakasan rumah seperti MR.DIY menjadikan kedai-kedai kecil kelihatan suram?

“Saya tidak fikir ia satu pengakhiran buat kedai-kedai kecil tempatan, yang lebih mudah dan berada dekat dengan tempat kediaman,” kata Lee. “Namun, saya melihat mereka hanya akan berkembang di kawasan yang memiliki kepadatan penduduk tinggi”.

Kang berpendapat trend global kini menuju konsumerisme yang lestari dan ekonomi “hijau” sedang berkembang.

“Kesedaran mengenai bahaya sisa pepejal semakin meningkat; bukan sekadar membeli barang, trend kini beralih kepada pengalaman. Kini semuanya beralih daripada kedai-kedai tradisional bata dan mortar,” katanya kepada MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Miti cadangkan alternatif kepada penutupan ekonomi serta-merta

Ia mencadangkan SOP diketatkan dan meningkatkan ujian saringan bersasar termasuk menjadikannya murah dan dilakukan dalam skala lebih besar.

3,638 dilaporkan pulih, 11 lagi kematian baru

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

Fahami gelandangan serta beri perhatian yang lebih

Tidak semua gelandangan ingin hidup dalam keadaan mereka sekarang.

Peniaga makanan di Sarawak hadapi masalah aliran tunai apabila berpindah dalam talian

Perkara kecil seperti khidmat penghantaran mampu mengganggu pendapatan mereka.

Tiada penutupan ekonomi serta-merta, dewan perdagangan Eropah beri penjelasan

Eurocham meminta semua pihak bertenang kerana tiada penutupan ekonomi serta-merta selepas 4 Februari, 2021.