Wednesday, January 20, 2021

Penangguhan sesi pendaftaran pelajar IPT tak dapat dielak

Keputusan dibuat mengambil pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta semua universiti yang terlibat.

Other News

Nora Anne’s family to file for revision of misadventure ruling

The family's lawyer says the application for revision will be filed at the Seremban High Court as soon as possible.

Jumlah kes aktif melepasi 40,000, 4,008 disahkan positif Covid-19

2,374 sembuh, 11 lagi kematian dilaporkan.

11 more deaths as new cases top 4,000 again

4,008 new cases, 2,374 recoveries.

Anwar says PH will join emergency bipartisan body

He says three names have been given to the authorities, after initial threats to boycott the committee.

PH akan sertai jawatankuasa bebas darurat, kata Anwar

Gabungan itu sudah menerima penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan mengenai jawatankuasa itu.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan pihaknya tidak dapat mengelak daripada membuat keputusan untuk menangguhkan kemasukan pelajar baru bagi sesi Oktober ini dalam waktu yang singkat, berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Mohamed Mustafa Ishak berkata keputusan sukar itu dibuat setelah mengambil pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta semua universiti yang terlibat.

“Negara masih belum terlepas daripada ancaman pandemik ini. Peningkatan kes Covid-19 berlaku secara konsisten baru-baru ini, contohnya di kawasan timur Sabah, daerah itu kini adalah zon merah, kira-kira 7,673 pelajar di sana dan jika dicampur dengan bilangan pelajar di seluruh Sabah mungkin mencecah 10,000 orang.

“Keputusan dibuat bagi mengekang penularan wabak itu dalam komuniti,” katanya ketika menjelaskan isu penangguhan kemasukan pelajar ke IPT sesi Oktober dalam Buletin Bernama, di saluran BernamaTV hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum kekangan pelajar dalam aspek kewangan, logistik serta penginapan, dan kementerian membuat ketetapan untuk membenarkan pelajar yang telah tiba untuk terus kekal di kampus sementara menunggu arahan selanjutnya.

Beliau berkata seramai 67,406 pelajar baru yang terkesan dengan penangguhan itu, masih boleh mengikuti sesi orientasi secara dalam talian mengikut universiti masing-masing.

“Bagi pelajar yang belum memulakan perjalanan ke universiti perlu kekal berada di rumah masing-masing dan mengikuti sesi suai kenal serta pembelajaran secara online.

“Saya tidak nafikan kesusahan ditanggung oleh pelajar dan ibu bapa ini. Justeru setiap univerisiti sudah membuka bilik gerakan iaitu beroperasi 24 jam dan 12 jam. Pelajar boleh merujuk bilik gerakan itu untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

Mustafa berkata kementerian turut berkerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyediakan lebih 800 lebih pusat internet desa bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah internet.

Bagi masalah pengangkutan pula, jelasnya syarikat penerbangan, bas dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersetuju membenarkan pelajar-pelajar membuat penjadualan semula perjalanan ke kampus masing-masing, terutamanya bagi mereka yang sudah membeli tiket perjalanan.

Selain itu Mustafa turut menjelaskan situasi yang berlaku dalam kalangan pelajar universiti ketika ini tidak sama seperti pelajar sekolah, memandangkan jumlah terlibat adalah besar dan melibatkan pergerakan besar-besaran.

“Mengambil contoh kes di United Kingdom, apabila mereka membuka universiti, beratus-ratus pelajar dijangkiti Covid-19, ini termasuk kakitangan univerisiti. Jadi ada baiknya ia perlu ditangguh sementara waktu ini, beri keadaan kembali reda sekurang-kurangnya dua minggu dan jika keadaan bertambah baik, pelajar boleh ke kampus semula,” katanya.

Sementara itu beliau berkata semasa kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lepas, kementerian menanggung kos makanan kepada lebih 80,000 pelajar di universiti, melibatkan RM52 juta, manakala perbelanjaan penghantaran pulang lebih 57,000 pelajar pula melibatkan RM17.4 juta.

“Kerajaan juga luluskan bantuan Prihatin RM200 kepada pelajar IPT berjumlah lebih 841, 000 orang iaitu melibatkan kos RM168 juta. Bantuan ini diberikan semasa PKP pertama dahulu, semasa mereka berada di dalam kampus selama dua bulan.

“Ini bermakna kerajaan menerusi KPT mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar untuk membantu pelajar semasa PKP. Sebab itu pada kali ini, kalau perkara seumpama itu berlaku lagi kemampuan kerajaan juga terbatas jika hendak beri bantuan sepenuhnya,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Operasi institusi pendidikan bawah KPM

Pengoperasian tertakluk kepada kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Krisis pinjaman pendidikan dalam kalangan graduan Malaysia

Kesukaran menempatkan diri dalam pasaran kerja memburukkan lagi keadaan.

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan 3 bulan lagi

Sebelum ini, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020.

Sekolah, institusi pendidikan dibuka 20 Januari, IPT 1 Mac

PM sekali lagi menegaskan jaminan kerajaan dalam memastikan bekalan vaksin yang diterima berkesan, selamat dan mencukupi.

Peluang kerja graduan baru kembali cerah tahun depan

Satu kaji selidik menunjukkan 73.41% majikan bersedia mengupah graduan baru seawal tahun depan.