Presiden Ukraine Zelensky arah perkhidmatan sulit siasat nahas helikopter
Zelensky menyifatkan kematian Denys Monastyrsk dan Yehvheniy Yenin sebagai satu kehilangan besar bagi negara itu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menugaskan perkhidmatan sulit negara itu untuk menyiasat punca nahas helikopter yang menyebabkan kematian 14 orang termasuk Menteri Dalam Negeri Denys Monastyrsky.
Menurut Agensi Akhbar Jerman (dpa), punca nahas pagi Rabu itu masih belum dapat dipastikan tetapi Zelensky menjanjikan penjelasan menerusi ucapan video.
Beliau berkata menteri dan timbalannya, Yehvheniy Yenin bukanlah ahli politik yang "mudah digantikan" dan menyifatkan satu kehilangan besar bagi negara ini.
Laporan terbaharu mendedahkan mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak manakala 25 lagi cedera.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.