Dunia
Bekas PM Jepun, Shinzo Abe dikhuatiri maut selepas ditembak
Media tempatan berkata beliau kelihatan tidak sedarkan diri dan mengalami serangan jantung.
Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe dikejarkan ke hospital selepas rebah dan mengalami pendarahan ketika berucap di Nara, sebuah bandar di barat Jepun, lapor agensi NHK pada Jumaat.
Bunyi letupan seperti tembakan kedengaran sewaktu kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan, kata NHK.
Seorang wartawan NHK di tempat kejadian berkata mereka mendengar dua letupan berturut-turut semasa Abe menyampaikan ucapannya.
Kyodo News berkata bekas perdana menteri itu tidak sedarkan diri dan kelihatan mengalami serangan jantung.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
