Berita
Kes harian lepasi 5,400 ketika gelombang Omicron landa negara
Sebanyak 2,836,159 kes Covid-19 direkodkan setakat ini.
Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
5,439 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,836,159 kes.
4,409 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,770,663.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 124 kes di mana 101 daripadanya disahkan Covid-19.
Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 70 kes di mana 47 adalah kes Covid-19.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianow
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -