Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,396 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,844,835 kes.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,886 disusuli Sarawak (3,747), Johor (2,165), Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078), Perak (1,057), Terengganu (861), dan Kuala Lumpur (597).
Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 20,573 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,570,827.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 255,789 kes.
Dalam pada itu, 959 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 436 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 336 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 18,219.