Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,573 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 980,491.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,672 disusuli Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), dan Pahang (457).
Hanya Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 10,094 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 825,387.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 147,386.
Dalam pada itu, 939 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 456 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 144 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,718.