Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,738 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 678,764.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,858 disusuli Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641), Sarawak (559), Johor (449), dan Sabah (449).
Hanya Labuan (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.
Negara juga mencatat sebanyak 7,530 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 608,465.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 66,097.
Dalam pada itu, 909 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 60 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,202.