- Iklan -
Kolum

Siapa pemenang debat Anwar-Najib?

Ringgit Malaysia kini menghampiri RM4.4 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Timmy Say
2 minute read
Kongsi
columnist picture

Timmy Say

Timmy Say menulis untuk pelbagai laman portal di Malaysia untuk berkongsi perspektif dan pengalamannya melibatkan isu semasa. Setelah 15 tahun menceburi bidang IC Design, kini bertukar karier ke bidang agrikultur dan akuakultur.

Malaysia tidak sepatutnya tewas di tangan India dalam Piala Thomas.

Tahun ini merupakan tahun terbaik buat Malaysia untuk merangkul juara.

Namun nasib tak menyebelahi Malaysia.

Nasib ada bersama India bersama dengan kekentalan mental pemainnya.

Selepas menundukkan Malaysia, mereka terus mara menumpaskan Denmark dan juara bertahan Indonesia yang masing-masing mempunyai pemain yang rankingnya lebih baik daripada mereka.

Bilakah pemain badminton Malaysia dapat membina kekuatan mental seperti yang ditunjukkan pemain-pemain badminton wanita Korea Selatan An Se Yeong, China Chen Yu Fei dan Jepun Akane Yamaguchi?

Lihat komitmen mereka dalam mengejar setiap bulu tangkis yang dihantar lawan meskipun badan ternyata sudah letih dan lesu.

Melihat mereka bermain bermati-matian demi negara, meskipun terkandas, adalah satu kepuasan.

Ringgit Malaysia kini menghampiri RM4.4 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Apakah ia akan mencecah sehingga RM5?

Apakah kerajaan Malaysia dan Bank Negara sedang melakukan sesuatu di belakang tabir untuk mengelakkan situasi ini selepas cadangan Dr Mahathir Mohamad untuk menambat semula nilai ringgit diketepikan?

Segala barangan dan perniagaan yang memerlukan import sedang menghadapi kenaikan kos yang membebankan.

Kos ini akan diturunkan kepada para pengguna, di mana ini bakal melonjakkan inflasi.

Kuasa membeli RM50 semakin berkurang.

Bukan itu sahaja, bisnes-bisnes yang bergantung pada pekerja asing juga mengalami tekanan.

Nilai ringgit yang rendah menyebabkan ramai yang semakin tidak berminat untuk bekerja di Malaysia.

Dunia pelaburan kripto bergoncang hebat minggu lalu selepas nilai aset kripto TerraUSD (UST) dan Terra (LUNA) menjunam dengan teruk.

Harga kedua-dua aset kripto itu tidak stabil malah LUNA jatuh sebanyak 99% dalam masa beberapa hari sahaja.

Menurut laman sesawang CoinMarketCap, pada hari Jumaat Mei 13, LUNA didagangkan pada $0.00005687 dengan permodalan pasaran AS$557 juta.

LUNA baru sahaja mencapai harga tertinggi pada 5 April iaitu US$119.18 per syiling di mana masa itu permodalan pasarannya mencapai AS$40 bilion.

Penurunan harga LUNA ini banyak dipengaruhi oleh faktor tambatan atau pengurangan nilai stablecoin asli rangkaian Terra, UST.

Stablecoin UST jatuh serendah $0.22, paras terendah di dalam sejarah pada Jumaat, 13 Mei.

Berapa ramai pelabur kripto Malaysia yang hangus duit simpanannya di dunia kripto minggu lalu?

Apakah kerajaan Malaysia tahu?

Oh ya, siapa pemenang debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak?

Penting ke jawapan ini untuk negara dan rakyat?

Maaf. Saya tak ambil tahu, tak tahu dan tak ikut.