- Iklan -
Rencana

Siapa yang panik sebenarnya?

Hanya orang yang takut sahaja yang menggunakan pihak lain untuk menggantung dan memecat orang lain.

Tun Faisal Ismail Aziz
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Umno Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar: Bernama
Ketua Umno Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar: Bernama

Siapa yang panik sebenarnya? Saya atau Ku Nan? Saya tak tahu pun lagi apa keputusan Jawatankuasa (JK) Rayuan Lembaga Disiplin Umno.

Yang tahu mengenai keputusan ini adalah Ku Nan. Yang memaklumkan jawatankuasa bahagian dan membincangkan hal keputusan JK Rayuan ini sebagai salah satu topik dalam mesyuarat bahagian adalah Ku Nan.

Yang membuat keputusan supaya Umno di peringkat Bahagian mencadangkan agar saya dipecat juga Ku Nan. Bukan saya.

Sudah tentu saya mendapat maklumat ini daripada sejumlah ahli JK Bahagian Umno yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Bukan semua ahli JK Bahagian bersetuju dan menyokong tindakan Ku Nan ini. Bukan saya yang menghubungi mereka, tapi mereka yang menghubungi saya. Saksi-saksinya ada.

Dulu pun semasa buat aduan, mereka mengadu kepada saya mereka diberi tekanan untuk tanda tangan surat aduan yang disediakan oleh Umno Bahagian, bukannya mereka tandatangan secara rela.

Saudara Hishamudin boleh buat sumpah mubahalah jika perkara ni tak benar. Saya nak dengar dia bersumpah mengatakan Ku Nan tidak membincangkan hal untuk memecat saya dalam mesyuarat bahagian.

Seperti saya nyatakan sebelum ni, saya tak faham kenapa Ku Nan takut sangat dengan saya? Hanya orang yang takut sahaja yang menggunakan pihak lain untuk menggantung dan memecat orang lain.

Tun Faisal Ismail Aziz adalah bekas timbalan ketua Umno Putrajaya.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaNow.