Saturday, May 21, 2022

Mat Hasan calon TPM?

Bukankah pelik apabila naib presiden Umno diangkat sebagai perdana menteri manakala timbalan presiden pula menjadi timbalan perdana menteri?

Other News

Apabila Umno mengumumkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di mana letaknya nasib timbalan presidennya, Mohamad Hasan?

Bayangkan senario di mana Umno dan Barisan Nasional (BN) menang PRU15 tanpa memerlukan sokongan pihak ketiga, di mana Mohamad yang dikenali sebagai Mat Hasan, Ismail dan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden sama-sama memenangi kerusi ahli Parlimen.

Siapakah yang akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan Umno tidak perlu berunding dengan pihak ketiga untuk membentuk kerajaan?

Mengikut apa yang diumum hari ini, Ismail selaku naib presiden Umno akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tetapi jika Umno tidak perlu berunding dengan sesiapa untuk membentuk kerajaan, apa yang boleh menghalang Mat Hasan untuk mengangkat sumpah dengan anggapan bahawa presidennya masih bergelut dengan kes rasuah di mahkamah ketika itu?

Kedudukan Mat Hasan adalah lebih tinggi berbanding Ismail.

Bukankah pelik apabila naib presiden Umno diangkat sebagai perdana menteri manakala timbalan presiden pula menjadi timbalan perdana menteri?

Kini, tiba-tiba muncul dakwaan daripada ahli majlis tertinggi Umno Razlan Rafii yang menyatakan ada gerakan untuk merosakkan reputasi Mat Hasan.

Di dalam politik, tiada kebetulan.

Jika mengikut ranking parti, Mat Hasan adalah calon perdana menteri yang sebenar bagi Umno jika Zahid terus bergelut dengan kesnya di mahkamah.

Jika mengikut keputusan parti, Ismail adalah calon perdana menteri Umno.

Segalanya kini bergantung kepada keputusan PRU15.

Jika Umno menang besar tanpa perlu mengadakan rundingan untuk membentuk kerajaan, peluang Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri mungkin berliku.

Jika Umno perlu membuat rundingan untuk membentuk kerajaan, peluang Ismail menjadi perdana menteri semula cerah bergantung kepada cara beliau mengendalikan memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang yang kini dituntut Umno untuk ditamatkan pada bulan Julai nanti.

Umno kini kelihatan bergerak seperti sudah menang di PRU15.

Oleh sebab itu, tidak hairan mengapa percaturan dalaman menjadi fokus kerana pada hemat pimpinannya, cabaran dari luar tidak lagi dapat mengugat kedudukan Umno.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles