- Iklan -
Kolum

Covid-19 sejenis selesema tidak lama lagi

Kehadiran ubat untuk merawat Covid-19 akan membawa wabak Covid-19 ke titik noktah.

Timmy Say
1 minute read
Kongsi
columnist picture

Timmy Say

Timmy Say menulis untuk pelbagai laman portal di Malaysia untuk berkongsi perspektif dan pengalamannya melibatkan isu semasa. Setelah 15 tahun menceburi bidang IC Design, kini bertukar karier ke bidang agrikultur dan akuakultur.

Ramai yang sudah dijangkiti Covid-19.

Namun begitu, jurang antara nisbah kes serius kepada kes bersimptom ringan adalah terlalu besar.

Ramai juga yang mengalami Covid-19 seperti selesema.

Bezanya hanya besar kecilnya selesema yang dialami.

Masalah terbesar hanyalah syarat wajib untuk kuarantin untuk menghentikan penularan virus.

Jika tidak, Covid-19 sudah boleh disifatkan seperti selesema viral.

Namun begitu, Covid-19 amat ditakuti.

Apa tidaknya, dua tahun penduduk bumi melihat sendiri betapa ramai yang terbunuh kerana Covid-19.

Kehadiran vaksin sejak setahun lalu perlu diakui banyak membantu membesarkan jurang kes Covid-19 bersimptom ringan dengan yang serius.

Oleh kerana itu, banyak negara sudah mula tidak mahu melihat Covid-19 sebagai satu isu, selagi sistem kesihatan mereka mampu menanganinya.

Meskipun ada segelintir daripada kita yang mengalami kesan sampingan daripada vaksin, data menunjukkan ianya membantu negara mengharungi Covid-19.

Dengan kadar vaksinasi yang sudah melebihi 78.8%, Malaysia sepatutnya boleh merasa yakin berbanding negara lain untuk memasuki fasa endemik dan membuka kembali sempadan negara.

Kadar jangkitan harian yang tinggi bukan lagi sesuatu yang menakutkan seperti dahulu.

Rakyat tetap keluar menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa.

Restoran, tempat membeli-belah serta lebuh raya ketika musim cuti yang penuh dengan manusia membuktikan perkara ini.

Selepas vaksin yang mengurangkan kesan jangkitan, dunia sedang menunggu saat kemunculan ubat untuk memulihkan simptom yang dibawa Covid-19.

Kehadiran ubat untuk merawat Covid-19 akan membawa wabak Covid-19 ke titik noktah.

Selepas itu, sekiranya dijangkiti Covid-19, hanya perlu mengambil ubat dan tidak perlu lagi risau mengenai penularannya kerana ia hanyalah satu selesema yang pernah mengganas sebelum adanya ubat untuk menanganinya.