Tuesday, December 7, 2021

PRN Melaka dan sikap Umno

Sikap Umno sekarang adalah senjata yang dinanti-nantikan oleh PH untuk menawan balik Melaka.

Other News

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka bagai sudah diketahui.

Jika peperangan tiga penjuru berlaku antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), yang menang ialah PH.

Kemenangan bakal berpihak kepada BN dan PN sekiranya peperangan dikurangkan kepada dua penjuru.

Rakyat Melaka yang tidak mahukan pilihan raya diheret ke kancah berbahaya berdepan dengan PRN bersama Covid-19 masih belum betul-betul reda.

Pengalaman pahit PRN Sabah yang menyebabkan Covid-19 merebak ke seluruh pelusuk negara dengan ganasnya masih segar di sanubari rakyat.

Apakah Melaka akan menjadi pusat penyebaran Covid-19 pula selepas ini?

Siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya ini berlaku?

Apakah empat katak politik di Melaka atau mereka yang menyakinkan empat katak di Melaka ini untuk melompat?

PRN Melaka ini akan menjadi cermin kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Umno sebagai parti pemerintah sudah menunjukkan betapa besarnya kepala mereka.

Bersatu sebagai parti serpihan Umno akan menghadapi ujian menguji kekuatan mereka sebenar di atas peti undi.

PRN Melaka ini juga bakal menguji ketangkasan PAS sebagai parti pengikat Umno dan Bersatu.

Antara BN dan PN adalah Muafakat Nasional (MN).

Barangkali Umno masih terlupa bahawa PAS dan MN yang membawa parti Melayu itu bangkit daripada neraka politik ekoran kekalahan PRU14.

Umno barangkali juga sudah terlupa bahawa PN yang membawa parti itu kembali sebagai parti pemerintah setelah 22 bulan menjadi parti pembangkang.

Bahkan, rasanya Umno masih dibuai kenangan bahawa BN masih kuat dan didokong pelbagai parti seperti dulu.

Sikap Umno sekarang adalah senjata yang dinanti-nantikan oleh PH untuk menawan balik Melaka.

Dan PH akan menang mudah dengan sikap Umno yang amat membantu ini.

Kemungkinan besar, pada ketika itu, Umno bukan sahaja kehilangan Melaka, bahkan juga kerajaan persekutuan.

Tak apa.

Asalkan presiden dan bakal presiden parti tetap kekal di jawatan masing-masing, tetapi naib presiden hilang jawatan di kerajaan persekutuan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles