Wednesday, June 16, 2021

‘Lockdown’ yang mengekalkan enjin ekonomi dan kelangsungan hidup

1.57 juta orang yang keluar bekerja sepanjang PKP 3.0 adalah penting untuk memastikan ekonomi tidak mati.

Other News

Ramai yang sinis dengan usaha “lockdown” yang sedang diusahakan. Macam-macam pendapat didengar. Ada yang kata ini usaha setengah masak. Ada juga yang kata usaha tak serius. Ada yang mahu “total lockdown”.

Bila dilaporkan lebih 120 ribu syarikat yang dibenarkan beroperasi; dan melibatkan lebih 1.57 juta pekerja; ramai pula yang perli – lockdown ini tidak membawa makna.

Kalau ikut “total lockdown” yang Tun M dan Najib propa-kan, rasanya semua benda tak bergeraklah. Siaran TV pun agaknya tak ada.

Eh, kalau boleh, kita semua nak duduk rumah, sepanjang PKP, tak payah bekerja dan gaji terus jalan seperti biasa. Selamat duduk rumah.

Tapi, enjin ekonomi kita mesti terus berjalan. 1.57 juta pekerja ini penting untuk memastikan ekonomi tidak mati terus. 1.57 juta yang dibenarkan bekerja inilah yang memastikan kita selamat, selesa dan mempunyai “bahan” untuk makan dan minum di rumah. Mereka kerja pun, untuk kita.

Yang mohon nak beroperasi 10.2 juta, yang dibenarkan 1.57 juta sahaja, 15.4%.

Ekonomi kena berjalan; atau kita juga yang akan mengamuk marah jika tidak ada bantuan yang boleh diberikan kerana ketiadaan dana untuk menjaga rakyat yang terjejas.

Kalau rajin sedikit, boleh cuba tengok data “stringency map” (peta ketegasan) lockdown Malaysia yang diberikan markah 80.56. Kalau banding dengan Australia (67.13), Jepun (49.07), Indonesia (68.98), UK (62.5).

Janganlah kerana mereka kena pergi kerja; kita pula boleh keluar ikut suka dan mengenepikan segala peraturan dan undang-undang. Mereka ada tanggungjawab, kita ada tanggungjawab kita.

Kita buat apa yang perlu untuk kita terus hidup. Rezeki kita untuk letakkan makanan di atas meja, mungkin berbeza dengan rezeki orang lain. Syukur, apa adanya.

Alhamdulillah.

Rudi Hairi Aziz adalah pembaca MalaysiaNow

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles