- Iklan -
Rencana

Tindakan Adun DAP biadab dan tidak berperikemanusiaan

Kritikan Teng Chang Khim disifatkan tidak bermoral dan merupakan contoh yang tidak baik kepada golongan belia dan rakyat negeri Selangor.

Asyraf Halim
2 minit bacaan
Kongsi
Kritikan Adun DAP terhadap pendirian perdana menteri berhubung isu Palestin memberikan contoh yang tidak baik kepada belia di Selangor.
Kritikan Adun DAP terhadap pendirian perdana menteri berhubung isu Palestin memberikan contoh yang tidak baik kepada belia di Selangor.

Pemimpin DAP, Teng Chang Khim mengkritik tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

“Jangan mengalih perhatian rakyat daripada fokus. Jaga nyawa rakyat Malaysia yang terancam kerana Covid-19 dahulu. Bodoh!” tulisnya dalam Facebook.

Tindakan ini adalah sangat tidak bermoral dan merupakan contoh yang tidak baik daripada seorang pemimpin negeri kepada golongan belia dan rakyat negeri Selangor.

Sebagai seorang pemimpin beliau perlulah menunjukkan contoh dan peka terhadap isu global yang sudah berpuluh tahun belum selesai.

Sebagai seorang exco pelaburan negeri Selangor beliau sepatutnya bekerja untuk membantu rakyat Selangor kerana Covid-19 sedang menyerang Selangor dengan begitu tinggi.

Persoalan saya apa bantuan yang anda lakukan untuk rakyat Selangor?

Tanggungjawab menjaga rakyat bukan terletak pada kerajaan pusat sahaja, malah semua wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya, tambah-tambah seorang wakil rakyat yang memegang portfolio yang penting di Selangor, negeri paling tinggi kes jangkitan Covid-19.

Isu rampasan haram tanah milik rakyat Palestin dan pembunuhan sewenangnya oleh puak Zionis bukanlah isu yang dibuat-buat.

Semua sedia maklum Israel Zionis telah pun melanggar lebih 20 resolusi ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ini merupakan isu global seperti juga Covid-19. PM tidak mencipta Covid untuk terus berkuasa.

Beliau juga tidak mencetuskan perang di Gaza hanya untuk mengalihkan isu di Malaysia. Sebagai seorang pemimpin anda sepatutnya lebih peka.

Kalau kempen “Black Lives Matter” mendapat sokongan global juga dibuat sewaktu kita dilanda pandemik Covid-19, kenapa kita tidak boleh bersolidariti dalam isu kemanusiaan melibatkan rakyat Palestin yang sudah berlaku berkurun lamanya?

Adakah tindakan beliau kerana terdapat perjanjian dengan Israel untuk melabur di negara ini?

Di mana menteri besar Selangor?

Apa sumbangan exco anda ini pada negeri?

Apa kerja yang beliau laksanakan sepanjang tahun ini?

Asyraf bin Halim adalah timbalan ketua pemuda Perikatan Nasional Selangor

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.