Friday, September 17, 2021

Bantuan ‘lumayan’ kepada rakyat yang disembunyikan

Ataupun berita ini akan menaikkan imej pihak yang dibenci mereka?

Other News

Jika seorang rider foodpanda dari Kelantan dibantu oleh seorang ahli Parlimen DAP mendapat liputan sebegitu meluas di media sosial, tahukah kalian ada rakyat yang menerima bantuan rumah dan kereta percuma di negeri sama, tetapi tersembunyi beritanya daripada kaca mata media?

Contohnya, pada tanggal 12 April yang lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan dua lagi rumah percuma kepada golongan asnaf di Pengkalan Datu dan Pulau Belanga.

Setakat ini, sebanyak enam rumah dengan keluasan 816 kaki persegi dengan kos sebanyak RM45,000 berjaya dibina dan diserahkan bermula bulan Januari yang lalu.

Sebanyak lima buah rumah lagi akan diserahkan kepada rakyat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bahkan di Kelantan, bukan Amar sahaja melaksanakan inisiatif memberikan rumah percuma kepada rakyat.

Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian juga melakukan inisiatif sama pada tanggal 17 April lalu.

Di mana beliau menyerahkan sebuah rumah baru kepada keluarga Mat Salleh Ab Rahman di Kampung Seterpa menerusi program Rumah Wakaf Program Khidmat Masyarakat SPAN.

Pernah tak kalian mendengar cerita rakyat yang ditimpa musibah kehilangan kereta Perodua MyVi digantikan dengan kereta Proton Saga?

Ini adalah cerita yang berlaku Kampung Pohon Chelagi, Kelantan.

Seorang mangsa tebing Sungai Kelantan yang runtuh, Nor Ain Ramli, dikejutkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari apabila dihadiahkan kereta Proton Saga bagi menggantikan kereta MyVi mereka.

Ini juga antara contoh bantuan kepada rakyat yang tersembunyi daripada kaca mata rakyat.

Bukan salah kalian jika kalian tidak mengetahui adanya bantuan-bantuan “lumayan” sedemikian kepada rakyat di Kelantan walaupun perkara ini juga diumumkan di Facebook.

Ini kerana media tidak melaporkannya dan juga tiada keinginan untuk menularkannya menggunakan tajuk seperti, “YB PAS buat hal lagi! Kali ini, serah rumah percuma”.

Apakah ia kerana tindakan menghadiahkan sebuah rumah atau kereta tidak setanding tindakan menghadiahkan sebuah motosikal dan belanja makan, atau ada agenda lain yang mempengaruhi jarum-jarum apa yang perlu ditabur ke minda rakyat?

Ataupun berita ini tidak menarik kerana YB dan rakyat yang dibantu datang daripada negeri yang sama?

Ataupun berita ini akan menaikkan imej pihak yang dibenci mereka?

Ada minda, kita boleh analisa sendiri.

Setiap bantuan kepada rakyat seharusnya diraikan.

Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan itu satu perkara yang baik.

Cuma malangnya, ada bantuan yang sengaja ditularkan, dan ada pula yang kononnya terlupa atau sengaja tidak dilaporkan demi untung-rugi politik pihak masing-masing sehingga menimbulkan persepsi kononnya pihak lain tidak berupaya, atau tidak menyumbang langsung untuk membantu rakyat.

Perkara sebegini adalah tidak adil.

Media memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat.

Itu tidak dapat dinafikan.

Malangnya, media juga adalah saluran utama membina persepsi palsu kepada rakyat, dan ramai yang tertipu olehnya sehingga “terbuta” matanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles