Monday, April 19, 2021

Akhiri insiden tragik di projek lebuh raya SUKE

Pihak berkuasa perlu mempertimbangkan untuk menggantikan pemaju projek ini serta kontraktornya.

Other News

Satu lagi insiden tragik berlaku di projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE).

Tiga pekerja pembinaan mati dan pengguna jalan raya cedera apabila kren gantri terbalik dan jatuh ke bawah.

Perlu diingatkan bahawa hanya tiga minggu yang lepas sebahagian SUKE yang masih dalam pembinaan runtuh dan membunuh dua orang disebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan treler dan perancah yang menyokong struktur binaan yang belum siap.

Pada September tahun lalu juga, kepingan tembok dinding pada lebuh raya yang sedang dalam pembinaan itu jatuh dan hampir membunuh pengguna jalan raya; beliau bernasib baik hanya mengalami kecederaan pada tangan, walaupun keretanya musnah.

Semua insiden dahsyat yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat (dalam tempoh enam bulan) seharusnya menjadi penunjuk kepada pihak berkuasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bagaimana Prolintas (Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd.), pemaju projek lebuh raya SUKE menguruskannya.

Bagaimanapun, Fadillah Yusof, menteri kerja raya memberikan maklum balas kepada insiden terbaharu lebuh raya SUKE ini dengan mengeluarkan perintah menghentikan sementara hanya pada bahagian yang terjejas daripada lebuh raya SUKE dan mengarahkan pemaju mencari laluan perjalanan alternatif bagi penduduk pangsapuri berdekatan. Malah lebih mengejutkan siasatan awal sepatutnya bahawa kontraktor terlibat telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jika demikian, kenapa insiden itu berlaku?

Kini tiba masanya bagi pihak berkuasa mengambil langkah drastik untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja pembinaan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya dihentikan sepenuhnya kerja-kerja di projek lebuh raya SUKE dan pihak berkuasa perlu untuk mempertimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang bertanggungjawab dan dalam kes yang serius hukuman penjara mandatori mestilah juga dikenakan.

Pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan bagi menggantikan pemaju projek ini serta kontraktor kerana dengan begitu banyak insiden ini kita hanya boleh mengandaikan bahawa pihak ini telah melakukan kecuaian dalam keselamatan.

Mohideen Abdul Kader adalah Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pulau Pinang

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles