Friday, February 26, 2021

SAM gesa batalkan projek tambak laut di Langkawi

Projek tambak laut berskala besar mempunyai banyak implikasi kewangan perlu dipertimbangkan secara mendalam oleh pihak kerajaan negeri.

Other News

00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.

Non-Muslim wedding ceremonies allowed in areas under MCO, CMCO and RMCO

However, they are still prohibited in places under EMCO.

Guan Eng wins bid to reinstate award of damages for defamation by Perkasa

A three-man bench also awards the former Penang chief minister RM50,000 in costs.

Khairy bakal bertanding di Putrajaya, era Ku Nan akan berakhir?

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahu bertanding di kerusi Khairy di Rembau, Negeri Sembilan.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

Pada 31 Mei 2018, pemaju dari Sarawak, mendiang Ting Pek Khiing yang terkenal dengan projek Empangan Bakun mengumumkan beliau akan melancarkan projek pembangunan bernilai RM30 bilion yang akan dibina di atas tanah yang ditebus guna di bahagian barat pulau Langkawi.

Dinamakan projek Langkawi New City, ia akan dimajukan di atas tanah tambak laut seluas 81 hektar.

Hasrat projek yang dicadangkan itu adalah sebuah pembangunan mewah ala Dubai, dengan 30,000 unit kondominium mewah, pusat perdagangan, prasarana berlabuh untuk kapal laut dalam dan perahu layar, antara lain.

Menurut laporan media yang memetik mendiang Ting berkata bahawa “Projek ini akan menjadi pembangunan terbesar di bahagian utara Semenanjung Malaysia”.

Dalam laporan yang sama, Ting juga dilaporkan berkata penilaian kesan kepada alam sekeliling juga sudah pun dijalankan.

Namun, pada keesokan harinya, 1 Jun 2018, beberapa artikel berita melaporkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih pada masa itu) tidak akan merasmikan pelancaran dan bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata bahawa kerajaan negeri belum menerima sebarang cadangan bagi projek dan tidak juga menerima sebarang deposit yang dibayar kepada negeri oleh mendiang Ting.

Nasib baik bagi semua apabila projek ini tidak berjalan selepas pengumuman besar tersebut.

Dua setengah tahun kemudian, kini kita mendengar bahawa kerajaan Kedah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk menambak laut kawasan perairan Pulau Langkawi di mana 90% daripada jumlah 1,979 ekar akan menjadi pulau buatan.

Ia adalah untuk pembangunan mewah termasuk hotel peranginan lima dan enam bintang, padang golf bersebelahan Kelab Kapal Layar Marina, kompleks beli-belah, hospital, universiti dan rumah mewah.

Projek ini akan mengambil masa 15 hingga 20 tahun untuk disiapkan.

Seperti juga apa yang pernah dicadangkan oleh mendiang Ting, projek ini juga akan didirikan di kawasan barat Langkawi, berhampiran dengan lapangan terbang Padang Mat Sirat; tetapi kelihatannya projek ini jauh lebih besar lagi, sembilan kali lebih luas, jika dibandingkan dengan cadangan asal, dan anggaran kosnya RM10 billion lebih tinggi.

Menurut laporan media baru-baru ini yang memetik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, WBG telah membayar “berjuta” (jumlah sebenar tidak didedahkan) sebagai yuran komitmen kepada negeri untuk memulakan projek ini.

Kami amat terkejut dengan pengumuman oleh kerajaan negeri Kedah yang mahu memulakan projek tambak laut berskala besar bila negeri tersebut masih lagi mempunyai tanah yang luas.

Idea yang sama untuk projek seperti ini sudah pun ditangguhkan pada 2018 oleh kerajaan negeri sebelum ini sebaik sahaja ia dilancarkan oleh Ting.

Kenapa mengambil jalan yang sama lagi?

Ini adalah sebuah projek besar yang mempunyai banyak implikasi kewangan, yang perlu dipertimbangkan secara mendalam oleh pihak kerajaan, terutama sekali tatkala sebuah pandemik melanda, apabila ekonomi negara dan dunia merudum dan industri pelancongan akan mengalami kerugian buat masa beberapa tahun lagi.

Kenapakah kita perlu membangunkan sebuah taman untuk golongan yang kaya-raya apabila sumber kewangan yang terhad yang kita miliki patut digunakan untuk memenuhi keperluan pembangunan lestari untuk rakyat?

Apa yang diperlukan sekarang bukanlah pembangunan mewah besar-besaran yang hanya akan memanfaat dan menguntungkan segolongan kecil, orang tertentu sahaja.

Kelihatannya, bagaimana projek ini boleh menyebabkan kesan buruk ke atas alam sekitar, memusnahkan keindahan Langkawi dan menjejaskan kepentingan dan kebajikan jangka panjang rakyat biasa seperti komuniti nelayan, telah tidak dipertimbangkan sedalam-dalamnya.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) akan terus mengkritik kerajaan negeri kerana mencadangkan projek yang menjejaskan seperti meneroka elemen nadir bumi, pembalakan berskala besar dan kini tambak laut.

Kami tidak menafikan bahawa pelaburan amat penting bagi negeri tetapi ia mestilah pelaburan yang baik bagi projek berguna dari segi sosial, bermanfaat untuk semua, terutama sekali bagi golongan miskin dan tidak memusnahkan alam sekitar.

Tidak lama dahulu menteri besar Kedah telah berdiri bersama nelayan Pulau Pinang dan membantah Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang yang melibatkan penambakan laut besar-besaran seluas 4,500 ekar di kawasan alam sekitar yang sensitif.

Sudah tentu, apa yang tidak baik untuk Pulau Pinang juga tidak baik untuk Kedah.

Kami berharap beliau tidak lupa akan perkara ini dan merayu kepadanya agar mengkaji semula dan membatalkan usaha sama yang tidak waras ini.

Meenakshi Raman merupakan presiden Sahabat Alam Malaysia

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kematian gajah Pygmy Borneo berita amat tragis

Jika tidak dibendung dengan serius, berkemungkinan besar populasi haiwan itu akan pupus.

PAS’ non-Muslim leader backs decision not to have day off for Thaipusam

He says there are factual and legal matters involved in the decision, and that there is no need for a holiday when people are at home.

Review needed for Langkawi reclamation project

The priority should not be for huge high-end development that will only benefit a few and keep their pockets happy.

Kedah MB denies bias in nixing public holiday for Thaipusam

Muhammad Sanusi Md Nor says the decision is about public health, not denying the rights of anyone.

Tempoh 48 jam bebas cukai di tiga pulau kekal, kata menteri

Langkah menetapkan tempoh 48 jam dibuat bagi membolehkan pelancong asing dan tempatan memberikan pendapatan kepada ekonomi tempatan.