Sunday, February 28, 2021

Tonil Fatimah

Tidaklah diketahui mengapa tidak ada pelakon bernama Fatimah ini.

Other News

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

2,437 cases take total confirmed infections past 300,000

202 in the ICU, 93 in need of respiratory assistance.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

PKR defends Amanah party hoppers

It says members within the Pakatan Harapan coalition can switch parties but not to the 'enemy side'.

Duo says ready to help PM rebuild economy after quitting PKR

Larry Sng says there has been too much politicking, while Steven Choong says he is ready to contribute his professional expertise.

Di Indonesia, bahasa Melayu pernah digunakan sebagai bahasa kesusasteraan secara meluas, khusus sebelum tahun 1942; yang mana istilahnya ialah Melayu Lingua Franca.

Pemberdayaan bahasa Melayu ini berlaku kerana Belanda melihat bahasa ini mampu menjadi bahasa pemersatu dalam kalangan pelbagai varian etnik Melayu di seluruh kepulauan Nusantara.

Kebanyakan buku dalam bahasa Melayu sebelum tahun 1942 itu selalunya diterbitkan dengan sistem ejaan Van Ophuysen.

Salah sebuah karya sastera bahasa Melayu yang indah dan terkenal di Indonesia di hujung tahun 1930-an ialah sebuah tonil (atau sandiwara) dengan judul Fatimah oleh Hoesin Bafagih (1938).

Tonil ini menampilkan 11 orang watak dan dikatakan dipentaskan di khalayak umum dalam bahasa Melayu Dagang.

Hoesin seorang Arab Peranakan adalah aktivis seni, wartawan dan pengarang yang disegani.

Apa yang menarik mengenai karya ini adalah sasarannya adalah Arab Peranakan di Indonesia (golongan Syed/Sharifah) itu sendiri.

Tatkala itu sandiwara atau tonil seperti “Komedie Stamboel” yang mengadaptasi kisah-kisah dari Hikayat Seribu Satu Malam disambut dengan hangat sekali.

Ia menjadi hiburan malam hari dan menggantikan seni tradisional.

Tonil ini, seperti bangsawan lainnya dilakonkan di pentas “proscenium” di hadapan tabir, dan berbeza dengan pementasan tradisional seperti wayang kulit atau opera Cina kerana mempunyai butir dialog ala pementasan drama Barat.

Malah pembinaan naratifnya juga seibarat lakon Barat, dengan kemuncak, unsur suspen dan peleraian.

Fatimah menjadi tonil yang tersohor sebaik dipentaskan pada tahun 1938 itu kerana ia memperlihatkkan pertembungan antara dua kelompok Arab, iaitu “wulaiti” (Arab Hadhrami asli yang baru tiba) dan “muwallad” (Arab Peranakan).

Sebaik sahaja ia dipentaskan ketika pertemuan Persatuan Arab Indonesia (PAI) tahun tersebut, drama ini dikritik hebat.

Fatimah mengisahkan Nasir bin Umar asSyaibie seorang Sayyid atau keturunan Ba’lawi yang sedang sakit dan meminta adiknya Mansoer mengahwinkan anaknya Fatimah dengan seorang guru bernama Mochtar.

Namun demikian sebaik Nasir meninggal dunia, Yusuf, abangnya Fatimah berusaha menghalang perkahwinan itu.

Bukan itu sahaja, Yusuf menghabiskan segala harta benda bapanya dan malah berusaha menggadai bahagian seorang adik lelaki mereka (anak Nasir yang hilang) dan belum muncul.

Di hujung tonil, terdedah rahsia bahawa Fatimah dan Yusuf adalah adik-beradik, mujur mereka belum sempat tidur bersama lantaran nikah gantung.

Sandiwara Fatimah oleh Hoesin Bafagih.

Fatimah menjadi kontroversi kerana beberapa sebab.

Seperti yang telah dinyatakan lebih awal ia  mengkritik cara hidup dan cara fikir Arab Peranakan di Indonesia yang masih melihat Yemen sebagai negeri mereka dan bukannya Indonesia.

Yang lebih membuatkan kaum wulaiti marah ialah kerana terdapat gambaran keturunan Arab yang tidak semenggah seperti Yusuf, Omar dan Salim yang kaki mabuk dan suka menghabiskan wang berpeleseran.

Namun demikian pemerhatian lebih mendalam terhadap naskah ini (tonil ini kemudian diterbitkan) membuktikan terdapat banyak persoalan lain yang menyebabkan Hoesin Bafagih dibenci.

Pengarang nampaknya mengkritik perbuatan nikah mutaah yang berleluasa dan disalahgunakan dalam kalangan para Syed.

Mereka misalnya menikahi gadis tempatan di kawasan pedalaman dan kemudian meninggalkan mereka.

Watak Nasir dalam Fatimah misalnya mempunyai sekitar 30 orang anak dan salah satunya yang memang dicari, tenyata Mochtar, menantunya sendiri.

Selain cara hidup gasang tersebut, salah satu lagi yang turut dikecam oleh Hoesin Bafagih ialah kejumudan sistem pendidikan di madrasah kelolaan Arab Peranakan ini di mana tidak mempelajari ilmu dunia lainnya dan terlalu membesarkan keturunan Arab.

Dalam satu bahagian tonil ini, anak-anak Arab Peranakan di sekolah yang diajar oleh Mochtar menyanyikan lagu “Hadhrami Jaa Biladi” atau “Hadhramaut Negeriku”.

Sekolah-sekolah itu pula seperti ditunjukkan dalam Fatimah tidak ada sistem teratur dan mudah dipengaruhi oleh mana-mana hartawan Arab yang saling bersaing antara satu sama lain.

Hoesin turut mengecam perangai sesetengah Arab yang enggan bergaul dengan masyarakat tempatan dan turut menjauhi kerja-kerja susah seperti menjaja dan menjadi buruh dengan alasan itu kerja yang hina dina dan tidak layak untuk kaum Sayyid.

Namun demikian menurut saya, babak paling mengesankan pada Fatimah  ialah apabila watak Yusuf dengan bantuan Salim dan Omar cuba menjual bahagian adik kandungnya Mochtar yang tidak dikenali lagi itu kepada seorang agamawan bernama Ammi Oeboed.

Ketika urus niaga batil itu berjalan, anak-anak Oeboed yang sedang mengaji ayat suci al-Quran membacakan ayat mengenai haramnya memakan harta di jalan salah seperti riba.

Tatkala Fatimah dipentaskan itu, terdapat sekitar 70 ribu Arab asli yang baran dengan hasil kerja Hoesin dan telah mengadukan karya ini kepada pihak berkuasa kerana dianggap begitu menghina mereka.

Ini mendorong Politieke Inlichtingen Dienst, polis rahsia Belanda mengarahkan agar sandiwara ini diharamkan.

Usaha mementaskan Fatimah di Cirebon pada tahun 1939 menyebabkan kekacauan dan hanya dapat dipentaskan kembali pada Oktober 1939 di Prinsenpark Batavia dengan kawalan polis.

Ekoran dari itu, drama Fatimah ini mendadak menjadi terkenal sekelip mata.

Harus dinyatakan di sini, tonil ini tidak langsung menampilkan watak Fatimah.

Semua yang berlakon adalah lelaki dan Fatimah hanya disebut-sebut sepanjang cerita tanpa dihadirkan sosoknya.

Tidaklah diketahui mengapa tidak ada pelakon bernama Fatimah ini.

Boleh saja kerana pementasan ketika itu belum cukup terbuka utuk menampilkan bintang pentas seorang perempuan, apatah lagi dalam kalangan masyarakat Arab yang konservatif.

Atau ada kemungkinan, tonil Arab Peranakan ketika itu memang menghindari sebarang pengemukaan watak yang boleh digalas wanita atas alasan hukum.

Meskipun dihalang , nama Fatimah meledak serta merta dan segera menjadi lambang perlawanan antara kaum muwallad terhadap wulaiti di mana kedai-kedai perniagaan Arab Peranakan banyak yang menggunakan nama Fatimah.

Malah produk sabun, minyak rambut dan minyak wangi yang menjadi tumpuan dagang para Sayyid hampir semuanya dinamai dengan Fatimah.

Penyanyi Arab-Indo terkenal ketika itu S.Abdoellah turut menyanyi sebuah lagu berjudul Fatimah dan hadir melagukannya dalam satu pementasan tonil ini di Solo.

Tatkala tahun 1930-an itu, tonil ini mendapat perhatian pengkritik sastera dan jurnalis antara lain A.R Baswedan yang memuji kenekadan Hoesin Bafagih.

Di Surabaya, malah Hoesin diberi jolokan sebagai “Bapa Fatimah”, satu gelar yang besar dalam kalangan orang Arab Peranakan.

Hoesin bahkan tersemat dalam sejarah Indonesia dan dianggap sebagai reformis dan pemberani kerana sanggup mengkritik bangsa sendiri.

Hari ini tonil ini diterbitkan semula, tambahan pula kerana ia dapat dikaitkan dengan seorang tokoh politik Indonesia yang ada kaitannya dengan jurnalis era tersebut.

Sandiwara Fatimah ini berakhir dengan tragedi di mana watak ini menderita cinta dan meninggal dunia dalam keadaan nestapa.

Tidaklah menghairankan juga drama ini menimbulkan kecoh kerana ketidakadilan yang menimpa watak ini diambil daripada nasib Fatimah Zahra di hujung usianya, yang mana kematian baginda begitu menyayat hati sekali.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Jakarta crippled by floods

More than 1,300 residents have been evacuated to temporary shelters, with parts of the capital under 1.2m to 2.7m of water.

Indonesia kicks off second wave of Covid-19 vaccinations

Medical teams are now focusing on workers in close contact with the public and people over 60.

4 dead, 14 missing in Indonesia landslide

Rescue crew say they are currently unable to bring heavy equipment to the landslide site.

Netherlands halts adoptions from abroad due to historical trafficking

‘Trafficked’ Dutch-Indonesian adoptees are still searching for their lost biological parents with little success.

Batik dye causes blood-red flood in Indonesia

Residents of the village of Jenggot were seen wading through blood-red water, photos of which sparked a social media frenzy.