Monday, February 22, 2021

Hanya pihak kurang siuman cabar kuasa Agong

Ia seolah-olah menghina kebijaksanaan dan wewenang Yang di-Pertuan Agong.

Other News

UK to challenge China at UN, demanding fact-finding access to Xinjiang

The 'disgraceful' treatment of Kremlin critic Alexei Navalny, the crisis in Myanmar and the situation in Belarus are also slated to be raised by Britain.

US nears 500,000 Covid-19 deaths

As the outbreak spread across the country, the pace of deaths increased, with the toll jumping from 400,000 in just over a month amid a spike fuelled in part by holiday gatherings.

401,105 calon SPM 2020 duduki peperiksaan dalam norma baru

Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula pukul 8 pagi dan 2 petang.

Ketidaksiuman di media sosial

Banyak pengguna media sosial kurang bertimbang rasa ketika menulis, dan apabila terlanjur dan diviralkan, barulah hendak tercungap-cungap meminta maaf.

UK accelerates vaccine rollout with end of lockdown in sight

Britain, one of the hardest-hit countries in the world by the Covid-19 pandemic with more than 120,000 deaths, was also the first nation to begin a mass vaccination campaign, in December.

Gerakan berpendapat bahawa kuasa pengisytiharan darurat dibuat berdasarkan kepada budi bicara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Jika baginda Yang di-Pertuan Agong telah berpuas hati yang ancaman darurat besar atas keselamatan negara, ekonomi dan ketenteraman awam telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku maka Agong boleh mengisytiharkan darurat.

Kuasa tersebut adalah mutlak dan muktamad, dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencabar ketertinggian perlembagaan persekutuan termasuklah kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

Malangnya, seorang presiden daripada sebuah parti politik yang tersohor dengan kelicikannya dalam memanipulasi sentimen rakyat melalui kisah sokongan majoriti, berusaha mencabar pengisytiharan tersebut atas dasar kepentingan peribadi beliau sendiri.

Yang penting sekarang adalah untuk berganding bahu melawan dan melandaikan lengkung jangkitan baru Covid-19 dan bukannya masa untuk berpolitik, ataupun guling kerajaan demi memuaskan nafsu kuasa politik!

Hanya pihak yang kurang siuman sahaja akan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dengan meminta baginda untuk menarik semula pengisytiharan darurat tersebut.

Ini seolah-olah menghina kebijaksanaan dan wewenang Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan perkenan dan hematnya.

Sudah pastinya Yang di-Pertuan Agong telah mengambil kira segala faktor yang berkaitan sebelum membuat perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Darurat kesihatan yang dikatakan akan menggantung kuasa Parlimen perlu dilihat sebagai suatu usaha kerajaan untuk mewujudkan kestabilan politik agar semua pihak bersatu menggembleng tenaga melawan pandemik Covid-19 yang berada pada tahap genting ketika ini.

Demokrasi perlu dilihat dengan nota keberkesanan, maka menjadi tanggungjawab semua, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan, perlu bermuafakat dalam menjunjung titah Agong dan berkerjasama dengan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 serta seterusnya mengembalikan kestabilan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Mak Kah Keong merupakan setiausaha agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 kembali melebihi 3,000

4,456 dilaporkan pulih, 5 lagi kematian.

Pemberian vaksin Covid-19 diawalkan, PM, KP Kesihatan penerima pertama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah antara penerima awal vaksin pada Rabu ini.

Covid-19 beri kesan besar kepada pekan tepi sungai Sarawak

Penduduk bimbang masa depan yang sepatutnya cerah bertukar sebaliknya buat pekan ini.

Pesakit sembuh kekal melebihi kes baru Covid-19

4,782 dilaporkan pulih, 2,461 kes baru direkodkan.

Jumlah kes aktif Covid-19 terus menurun, 4,889 dilaporkan pulih

2,936 kes baru, 13 lagi kematian hari ini.