- Iklan -
Rencana

Bagaimana Umno terus mensabotaj pengundi majoriti Melayu

Umno semakin pudar sebagai juara majoriti Melayu.

Rahim Abd Kassim
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjalan melintasi ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki berjalan melintasi ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Tidak ramai yang sedar bahawa parti politik yang mempunyai jumlah ahli Parlimen terbesar di Dewan Rakyat hari ini, dengan 42 kerusi, adalah DAP – yang majoritinya adalah berbangsa Cina.

Dan walaupun ramai orang mungkin mengecam pandangan politik Malaysia kerana berdasarkan garis perkauman, kebenarannya adalah suara majoriti orang Melayu berpecah belah, dengan tiga parti politik utama yang kini berkuasa.

Yang mendahului dengan 38 ahli Parlimen masing-masing adalah PKR dan Umno, sementara Bersatu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai 31 ahli Parlimen.

Tidak ada jaminan mengenai perkara ini kerana ia sukar dikira dengan ahli Parlimen dilihat melompat parti sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada 2018.

Parti politik yang mengalami kerugian terbesar dari sudut ahli parlimen adalah Umno yang menyaksikan pengundi menolak kira-kira sepertiga calonnya semasa PRU14, dan ramai lagi yang berpaling tadah kepada Bersatu dan PKR beberapa bulan-bulan selepas PRU.

Beberapa pemimpin tertinggi Umno juga telah didakwa atau disabitkan dengan rasuah, termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak, bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Sayangnya, Umno tidak banyak belajar daripada semua kegagalan ini menjadi semakin berani dengan setiap hari bertindak dengan taktik politik yang licik dan penuh penipuan dalam kehausan kekuasaannya yang tidak dapat dipadamkan.

Undi tidak percaya terhadap bekas menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu, yang digantikan oleh Saarani Mohamad, telah menjadi muslihat politik yang paling keterlaluan daripada Umno setakat ini dan telah membuat rakyat tidak senang.

Didukung oleh kejayaan di Perak ini, Umno kelihatan bersedia untuk menikam rakan sekutu dalam Perikatan Nasional iaitu Bersatu dan PAS dengan mengundi menentang Belanjawan 2021, walaupun terdapat amaran keras daripada Agong.

Tetapi untuk mengelak risiko Agong menolak untuk mengizinkan pilihan raya umum dalam waktu dekat, di tengah-tengah situasi Covid-19 yang meresahkan kini, kemungkinan besar akan memasuki keadaan darurat di seluruh negara, sama dengan bagaimana tiga pilihan raya kecil ditangguhkan sebelum ini dan Umno terpaksa membuat pusingan U ancamannya.

Episod utama pengambilan menteri besar Perak adalah bagaimana Umno juga bersedia untuk tidur sebantal dengan musuhnya DAP yang telah lama bertapak di Perak, yang juga boleh menyebabkan gabungan ahli Parlimen baru untuk menggantikan Perikatan Nasional.

Ini menandakan perubahan utama dalam politik Malaysia bahawa mengejar undi orang Melayu bukan lagi menjadi pendorong utama.

DAP sudah membuktikan dirinya sebagai kekuatan pemerintahan yang layak di Pulau Pinang selama lebih kurang satu dekad dan Umno mengakui kelebihan itu.

Satu lagi analisis lain adalah bahawa pergerakan skizofrenia Umno baru-baru ini mungkin disebabkan oleh puak dalaman yang berebut dominasi, dengan kelihatan jelas sekurang-kurangnya tiga kumpulan yang bertentangan antara satu sama lain.

Apa pun keadaannya, Umno semakin pudar sebagai juara majoriti Melayu dan kejatuhannya akhirnya dapat menjadikan landskap politik yang lebih matang di mana bangsa tidak lagi menjadi satu kepentingan.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.