Sunday, February 28, 2021

Politik kita sihat atau tenat?

Ahli politik cuba menggulingkan kerajaan, mengkhianati parti dan rakan, menghasut orang lain mengkhianati parti dan gabungan sendiri demi kepentingan peribadi.

Other News

2 ahli Parlimen PKR keluar parti, ikrar sokong Muhyiddin

Keputusan ini mengakhiri spekulasi berhubung kekecewaan mereka dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

2 PKR MPs quit, declare support for Muhyiddin in blow to party

The decision ends weeks of speculation about their frustration with PKR chief Anwar Ibrahim.

Pelan pemerkasaan Rukun Tetangga dilancarkan

Empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

Ketika tempat percutian seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands bersesak dengan ribuan pengunjung, muncul khabar berita bahawa Anwar Ibrahim bakal berjumpa Agong sekali lagi dalam waktu terdekat kerana sudah mendapat 113 akuan berkanun (SD) yang menyokongnya menjadi perdana menteri ke-9.

Khabar ini bermula daripada sebuah portal berita berdasarkan kepada satu sumber PKR yang tidak dinamakan.

Khabar ini menjadi perhatian kerana sebelum itu Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa memberikan amaran kepada mereka yang melakukan gerakan menarik ahli Parlimen Umno agar memberikan sokongan kepada Anwar.

Hanya ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Fahmi Fadzil sahaja muncul mempertikaikan laporan tersebut.

Anwar sendiri dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula membiarkan khabar itu berterbangan tanpa menafikannya.

Gelagat itu menyebabkan ramai yang teringat bagaimana Najib Razak cuba melakukan sindiran terhadap kertas A4 buruk yang ditandatangani beliau sendiri bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong Anwar sebagai PM-9 tanpa menafikannya secara terus.

Setakat ini, Najib dan Zahid belum menafikan surat yang terdahulu mahupun khabar yang terkini meskipun ia semakin liar disebarkan.

Undian Belanjawan 2021 akan berakhir minggu ini.

Jika betul Anwar memiliki 113 SD, Belanjawan 2021 boleh dikalahkan minggu ini.

Sebenarnya tiada apa yang rakyat boleh buat sekiranya perkara ini betul berlaku.

Setelah undi diberi, rakyat terus hilang kuasa. Nasib rakyat dan negara berada di tangan 222 ahli Parlimen kita.

Terpulang pada kebijaksanaan 222 ahli-ahli Parlimen kita untuk menguruskannya dalam tempoh sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Persoalannya, bagaimanakah semua gerakan politik dinilai dari sudut aras kesihatan politik negara?

Apakah ini petanda politik negara semakin sihat ataupun tenat?

Apakah keutamaan seorang ahli Parlimen?

Apakah mereka perlu berpihak kepada kebenaran, kepada pegangan diri, kepada gabungan atau kepada parti sendiri?

Hari ini, mereka yang melanggar keputusan parti akan dikenakan tindakan tatatertib.

Mereka yang melanggar keputusan gabungan dikatakan khianat.

Mereka yang melompat parti dilabel sebagai katak.

Semua tindakan ini dipandang negatif meskipun ia halal dalam sistem demokrasi.

Hakikatnya, kebanyakan tindakan ahli Parlimen masih tertakluk kepada keputusan parti meskipun satu-satu perkara itu jauh daripada kebenaran.

Sistem demokrasi tidak menjamin keperluan asas sebuah negara dan rakyat – iaitu satu kerajaan yang stabil dan berfungsi dapat dipenuhi.

Contohnya, sistem demokrasi kelihatan subur dan sihat apabila upacara angkat sumpah menteri besar dilakukan tiga kali dalam tempoh kurang tiga tahun.

Bahkan, ia menunjukkan negara mempunyai situasi politik yang matang kerana menteri besar dan kerajaan boleh bertukar dengan aman.

Sistem demokrasi langsung tidak mengambil kisah impaknya terhadap rakyat mahupun memberikan gambaran gagalnya kepimpinan orang yang berpolitik.

Sistem demokrasi juga membenarkan mana-mana ahli Parlimen yang bercita-cita menjadi PM mencari majoriti yang diperlukan meskipun tindakan itu menyebabkan negara kelihatan tidak stabil sehingga pelabur hilang keyakinan.

Oleh kerana sistem demokrasi negara menghalalkan orang yang bercita-cita besar untuk bertindak sedemikian, maka akan ada ahli politik yang akan terus berpolitik cuba menggulingkan kerajaan, mengkhianati parti dan rakan, menghasut orang lain mengkhianati parti dan gabungan sendiri, cuba menjadi PM, cuba menghalang orang lain menjadi PM dan menghalang orang lain dilantik sebagai ketua pembangkang.

Di mata sistem demokrasi yang sihat, perkara ini akan semakin menjadi-jadi apabila kerajaan mempunyai majoriti tipis meskipun keadaan semasa negara dan rakyat adalah tenat.

Yang rakyat boleh buat ialah reda sahaja sambil bertahan menunggu musim Covid-19 berlalu hingga tibanya hari kuasa rakyat dikembalikan ke tangan mereka untuk mengundi barisan pimpinan politik yang baru.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Vaksin Covid-19 jalan terbaik rancak ekonomi

Petanda kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan perintah kawalan pergerakan, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Agong can allow Parliament to convene during emergency, says palace

Istana Negara says this can be done at a suitable date on the advice of the prime minister.

Unicef sambut baik pembukaan semula sekolah di Malaysia

Agensi PBB itu berkata guru dan kakitangan sekolah perlu divaksin sejurus petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.