Tuesday, October 26, 2021

Annuar Musa suara Bersatu atau MKT Umno?

PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mendapat sokongan 7 orang Adun PBS dan 3 Adun Bebas berbanding hanya 14 kerusi yang dimenangi oleh BN.

Other News

Ada dua perkara janggal dalam tulisan seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno apabila dia menulis mengenai Annuar Musa.

Pertama, isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Seperti yang semua ahli MKT dan semua ahli Umno sedia maklum, dalam soal perundingan kerusi PRN Sabah, Umno Pusat memberikan autonomi kepada Umno Sabah untuk membuat segala perundingan dan keputusan.

Jika ada sebarang kerusi yang diserahkan kepada Bersatu, ia adalah kehendak penuh Umno Sabah.

Umno Sabah juga yang mempunyai kuasa penuh untuk menentukan calon dan 27 kerusi yang dipersetujui untuk ditandingi Umno semasa rundingan dengan parti-parti lain.

Umno Sabah juga mempunyai autonomi penuh untuk mengumumkan bahawa ia akan bertanding 31 kerusi, bukan 27 kerusi seperti yang dipersetujui dalam rundingan.

Ia bukan keputusan Umno Pusat. Penentuan calon dan jumlah kerusi tidak dirundingi dan diputuskan oleh pemimpin Umno Pusat.

Kedua, sudah dijelaskan juga berulang kali bahawa sejak awal lagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan ketua menteri Sabah kepada Umno kerana Umno bertanding paling banyak kerusi.

Bagaimanapun Utusan Malaysia tersilap petik ucapan Muhyiddin sebagai mengumumkan Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri, sedangkan dalam ucapan Muhyiddin pada 12 September 2020, disebut:

“Kita mesti bekerja kuat bantu calon kita, manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju yang terbaik yang kita tawarkan sebagai calon untuk memimpin negeri Sabah, tak lain tak bukan Hajiji.”

Di hadapan penyokong Bersatu, Muhyiddin menyebut perkataan “yang kita tawarkan”, bukan menegaskan bahawa Hajiji akan dipilih menjadi ketua menteri.

Sebagai respons terhadap tajuk berita Utusan Malaysia yang tidak tepat mengenai “pengumuman Hajiji sebagai ketua menteri” ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 26 September 2020 dilaporkan sebagai mengatakan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah untuk menentukan calon ketua menteri.

Begitupun, kata presiden Umno lagi, berdasarkan kelaziman, calon daripada parti yang mempunyai kerusi paling banyak akan diangkat menjadi ketua menteri.

Selepas keputusan PRN Sabah, bukankah ketua menteri Sabah ditentukan oleh Adun Sabah sendiri dan semua pihak dalam kalangan Adun-Adun Sabah dan kepimpinan semua parti-parti yang terlibat baik di Sabah mahupun di pusat bersetuju Hajiji menjadi ketua menteri melainkan seorang pemimpin pusat?

Sebagai respons terhadap tajuk berita Utusan Malaysia yang tidak tepat mengenai “pengumuman Hajiji sebagai ketua menteri” ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 26 September 2020 dilaporkan sebagai mengatakan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah untuk menentukan calon ketua menteri.

Bagaimanapun Hajiji tetap dipilih menjadi ketua menteri berdasarkan keputusan majoriti yang diputuskan oleh Adun-Adun Sabah, termasuk Adun Umno.

Pemimpin-pemimpin pusat dari Umno, Bersatu dan PAS hanya berperanan untuk membantu rundingan agar keputusan yang dipersetujui ramai dapat dicapai.

Adakah Annuar terlibat dalam rundingan selepas PRN Sabah?

Ya, sebaik sahaja keputusan PRN diterima, pada malam yang sama sehingga pukul tiga pagi rundingan dibuat untuk menentukan siapa yang ingin dipilih sebagai ketua menteri Sabah.

Adakah Annuar (dan pemimpin Umno lain yang terlibat) gagal mewakili kepentingan Umno dalam rundingan jawatan ketua menteri malam itu?

Kenyataan presiden Umno sendiri menyebut perkara ini diserahkan kepada Adun-Adun Sabah dan ketua menteri dipilih berdasarkan parti yang menang paling banyak kerusi dan paling banyak sokongan.

PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mendapat sokongan 7 orang Adun PBS dan 3 Adun Bebas berbanding hanya 14 kerusi yang dimenangi oleh BN.

Bukankah itu keputusan presiden Umno yang diumumkan pada 26 September? Itulah yang dilaksanakan.

Saya yakin Annuar bukan bercakap bagi pihak Bersatu dan mendahului presiden Umno dalam soal taktikal.

Saya percaya Annuar hanya mempertahankan kejujuran politik, iaitu bercakap benar dan tidak menyembunyikan fakta sebenar mengenai PRN Sabah.

Matlamat akhirnya bukan mempertahankan Bersatu atau perdana menteri tetapi mempertahankan agenda penyatuan ummah, kuasa politik ummah dan memastikan Umno tidak tersilap langkah dalam percaturan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tidak wajar untuk terus menerus memainkan naratif palsu mengenai PRN Sabah yang direka-reka untuk memberi justifikasi kepada usul menyokong Anwar Ibrahim dengan cara menyemarakkan permusuhan dengan Bersatu.

Saya berdoa supaya ahli MKT, ahli Umno dan “cybertrooper berbayar” yang memainkan naratif palsu, sentimen kebencian dan anti penyatuan ummah ini segera insaf dan kembali kepada asas perjuangan sebenar, iaitu pemerintahan Islam, permuafakatan ummah, penyatuan bangsa, “No Anwar” dan “No DAP”.

Jangan bersubahat dengan penyebar naratif palsu dan usaha menghalalkan sokongan terhadap Anwar.

Mungkin Annuar dilihat seolah-olah bersendirian menyatakan soal ini secara terbuka.

Hakikatnya, beliau tidak berseorangan. Tiga kali usul menyokong Anwar dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi Umno. Tiga kali usul ini ditolak. Apakah maksudnya?

1Maksudnya, Annuar mungkin salah seorang yang menyuarakannya di media, tapi bukan bagi pihak Bersatu dan PN, sebaliknya bagi pihak majoriti ahli MKT Umno dan ahli Parlimen BN yang masih belum mahu menyuarakan pandangan mereka secara terbuka tapi menegaskan pendirian mereka dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan mereka.

* Tun Faisal Ismail Aziz adalah timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles