Friday, November 27, 2020

Menelusuri 40 tahun pilihan raya presiden AS

Other News

Doctors jailed for illegally harvesting organs in China

They tricked bereaved families into believing their loved one's organs were going to official banks.

Court throws out Umno man’s bid to strike out suit by Teresa Kok

A three-member Court of Appeal panel dismissed Jamal Yunos' appeal and ordered him to pay Teresa Kok RM7,000 in costs.

Selangor offers RM20,000 reward for info on environmental crimes

Menteri Besar Amirudin Shari says this is to get the public involved in combating environmental crime in the state.

Germany’s Covid-19 infections pass 1 million

The number of Covid-19 patients in intensive care nationwide has soared from just over 360 in early October to more than 3,500 last week.

Anwar dipanggil sebagai saksi kes saman bekas pegawai penyelidik dipukul setiausaha politiknya

Perbicaraan dijadualkan berlangsung di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac tahun depan.

Tahun 1972 adalah zaman kegemilangan akhbar dan majalah. Bukan sahaja tebal-tebal muka suratnya, tetapi mutu kewartawanannya adalah tinggi dan mendalam.

Dua majalah mingguan berita utama dunia ialah Time dan Newsweek yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS).

Bukan sahaja tebal dan banyak iklan tetapi juga mempunyai gambar bermutu dengan tulisan yang panjang dan mendalam.

Dari Time dan Newsweek, penulis mula menyedari mengenai politik AS. Ketika itu penulis berada di tingkatan satu.

Pada tahun itu, pilihan raya presiden AS menyaksikan persaingan antara Presiden Richard Nixon dari Parti Republikan yang dicabar oleh George McGovern dari Parti Demokratik.

Sepanjang tahun itu, majalah Time dan Newsweek membuat liputan mendalam mengenai pilihan raya itu dengan gambar kulit yang menarik.

Nixon menang besar dan merupakan penggal kedua baginya.

Tugas besar beliau ketika itu adalah untuk menamatkan Perang Vietnam yang sudah begitu tidak popular dalam kalangan rakyat AS.

Tetapi kepresidenan Nixon dirundung dengan skandal Watergate yang dibongkar dua pemberita The Washington Post, Bob Woodward dan Carl Berstein.

Inilah kali terakhir kewartawanan AS menjatuhkan presiden mereka.

Berminggu-minggu Time dan Newsweek menyiarkan kisah skandal Watergate.

Akhirnya pada tahun 1974, Nixon meletak jawatan. Naib presidennya, Gerald Ford mengambil alih tugasnya.

Dalam pilihan raya presiden 1976, pertandingan adalah antara Presiden Ford dari Parti Republikan yang dicabar Jimmy Carter dari Parti Demokratik yang juga seorang pemilik ladang kacang tanah.

Pada 3 November 1976, penulis hadir di acara meraikan pilihan raya itu, yang diadakan di pusat kebudayaan AS, Lincoln Cultural Center, Kuala Lumpur.

Ia bertujuan menghebahkan demokrasi AS kepada rakyat Malaysia. Terdapat pameran mengenai sistem demokrasi di negara itu.

Keesokan harinya semua akhbar Malaysia menyiarkan dua berita penting di muka depan. Satu, berita luar negara. Satu lagi, berita dalam negara.

Berita luar negara ialah kemenangan Carter dalam pilihan raya presiden AS.

Berita dalam negara ialah penahanan ahli politik Kassim Ahmad dan wartawan New Straits Times dan Berita Harian, A Samad Ismail dan Samani Amin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Turut ditahan serentak ialah wartawan Berita Harian Singapura, juga di bawah ISA republik itu.

Mereka dikaitkan dengan konspirasi komunis yang didalangi Soviet Union.

Tidak seperti presiden sebelum dan selepasnya, Carter tidak pernah menghantar tentera AS menyerang atau mengebom negara lain walaupun beliau sendiri menjadi mangsa Revolusi Iran.

Ini kerana pada pilihan raya presiden 1980, Iran mempengaruhi pilihan raya presiden AS dengan melengah-lengahkan pembebasan tebusan di kedutaannya di Teheran sehingga keputusan pilihan raya itu.

Carter gagal memasuki penggal kedua kerana kalah kepada Ronald Reagan. Parti Republikan menganggap Reagan adalah presiden terbaik AS bagi separuh kedua abad ke-20.

Di bawah kepimpinannya Soviet Union tumbang, Perang Dingin berakhir dan komunisme menjadi tidak relevan.

Reagan mengalahkan calon Parti Demokratik, Walter Mondale pada pilihan raya presiden tahun 1984 dengan mudah.

Pada pilihan raya tahun 1988, George H W Bush dari Parti Republikan mengalahkan calon Demokratik, Michael Dukakis.

Pada tahun 1990, penulis ada membeli dan membaca sebuah buku bertajuk “Surviving at the Top” mengenai panduan perniagaan hartanah yang ditulis seorang ahli perniagaan bernama Donald Trump.

Presiden Bush tidak dapat mempertahankan jawatannya pada pilihan raya 1992 apabila beliau kalah pada Bill Clinton.

Presiden Clinton yang popular dalam kalangan rakyat AS menang kali kedua pada tahun 1996 dengan mengalahkan Bob Dole dari Parti Republikan.

Tetapi pada pilihan raya presiden tahun 2000, rakyat AS memilih calon Parti Republikan, George W Bush yang mengalahkan Al Gore.

Untuk pilihan raya presiden 2004, penulis berada di AS membuat tinjauan bagaimana kempen dan pengundian dilakukan.

Bandar-bandar yang dikunjungi penulis ialah Washington, Boston, Austin dan Los Angeles.

Dalam lawatan itu, dua muzium peringatan yang dikunjungi ialah memorial John F Kennedy di Boston dan Lyndon B Johnson di Austin.

Di Boston, penulis bertemu dengan bekas calon presiden, Dukakis yang berkempen untuk John Kerry, calon Parti Demokratik.

Pada malam keputusan pilihan raya, pemulis berada dalam majlis para penyokong Parti Republikan di Los Angeles. Bush menang mengalahkan Kerry.

Pada pilihan raya preiden tahun 2008, rakyat AS memilih calon Parti Demokratik, Barack Obama yang mengalahkan John McCain.

Beliau dapat mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya presiden tahun 2012 apabila mengalahkan Mitt Romney.

Tetapi tahun 2012 menyaksikan Newsweek menghentikan penerbitannya.

Walaupun ia terus menerbitkan kandungan dalam talian tetapi tanpa edisi cetak bermakna zaman kewartawanan majalah berita sudah berakhir.

Di Asia, dua majalah berita mingguan berpengaruh, Asiaweek dan Far Eastern Economic Review sudah lama ditutup.

Walaupun Time terus diterbitkan tetapi ia sudah menjadi tipis dan orientasinya adalah lebih kepada gaya hidup daripada isu-isu politik, ekonomi dan perkara-perkara penting seperti mana 40 tahun dahulu.

Apa yang akan menggantikan kewartawanan lama itu tentunya berada di dalam talian.

Tetapi sama ada ia dapat mempertahankan mutu serta pengaruh setanding dengan kewartawanan cetak, tidaklah dapat diketahui lagi.

Pada pilihan raya presiden tahun 2016, Parti Republikan memilih Trump sebagai calonnya untuk melawan Hillary Clinton yang dikemukakakan Parti Demokratik.

Hillary dijangka menang kerana Trump dilihat begitu tidak sesuai untuk menyandang jawatan paling penting di dunia itu.

Dengan gelagat dan pengetahuannya yang dianggap tidak mencapai tahap untuk menjadi presiden.

Tetapi dunia ketika itu dilanda gelombang populis politik identiti termasuk AS.

Maka dunia dikejutkan dengan kemenangan Trump.

Semasa pentadbiran beliau, beberapa buku ditulis oleh bekas staf presiden itu yang menggambarkan Trump tidak sesuai untuk berada di White House.

Buku terbaru yang diterbitkan tahun 2020 ini ditulis wartawan veteran Watergate, Woodward berjudul Rage.

Beliau mewawancara Trump dan kesimpulannya adalah beliau tidak sesuai untuk menyandang jawatan itu.

Akhirnya kewartawanan 40 tahun dahulu muncul kembali. Kalau dahulu melalui surat khabar tetapi kini dengan menggunakan medium buku.

The New York Times dan The Washington Post tidaklah berpengaruh seperti mana 40 tahun dahulu.

Atau mungkinkah kewartawanan hari ini perlu menggunakan medium buku untuk menyatakan sesuatu yang lebih mendalam, iaitu yang tidak dapat dilakukan jika berada di dalam talian?

Obama adalah presiden AS pertama yang menggunakan telefon pintar iaitu BlackBerry.

Tetapi Trump adalah presiden pertama yang menggunakan media sosial iaitu Twitter.

Pada pilihan raya 2020 antara Trump dan Joe Biden, dunia menyaksikannya melalui pelbagai platform: media sosial, portal berita dan YouTube.

Di manakah kedudukan kewartawanan dalam dunia hari ini masih belum dapat dinilai. Tetapi kewartawanan yang kuat adalah salah satu tonggak demokrasi.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Previous articleLangkawi
Next articleBicara pekak dan bisu

Related Articles

Trump akan tinggalkan Rumah Putih jika undi elektoral berpihak kepada Biden

Setakat ini, Trump masih belum mengalah.

Trump says he will leave office if Biden victory confirmed

But 'it's going to be a very hard thing to concede', he says.

AS ucap tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku hos Apec

Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti Apec.

Trump fires US election security official who rejected fraud claims

Chris Krebs reportedly told friends last week he expected to be removed.

Trump declares: I won the election

He says the announcement that Joe Biden won was based on assumptions by the 'fake news media'.