Friday, February 26, 2021

Langkawi

Mungkin ada sesiapa dalam kerajaan yang boleh dengar rintihan peniaga kecil seperti ini dan beri pertimbangan.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Saya baru pulang daripada lawatan tiga hari ke Langkawi. Langkawi hijau, iaitu bebas dari Covid-19.

Namun penduduk patuh prosedur operasi standard (SOP) dan pemeriksaan untuk Covid-19 dikenakan kepada semua pelawat.

Tetapi semasa saya di sana saya dapati keadaan muram. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di daratan akibat Covid-19 menjejaskan industri pelancongan Langkawi.

Hanya dua tiga penerbangan sahaja dari Subang/Sepang masuk Langkawi tiap hari.

Jadual penerbangan masuk, serta perkhidmatan feri amat berkurangan setelah kawalan pergerakan terbaru dikenakan ke atas Selangor, terutamanya.

Walaupun beberapa bulan lalu terdapat peningkatan kemasukan pelancong tempatan, malangnya pertambahan mendadak kes-kes Covid-19 membantutkan kedatangan pelancong ke Langkawi.

Peniaga-peniaga merungut, banyak kedai ditutup, ada yang hanya sementara tetapi ada juga yang gulung tikar.

Pusat-pusat pelancongan kelihatan sepi. Kereta-kereta sewa banyak yang tersadai kerana ketiadaan pelanggan. Restoran-restoran yang dulunya tumpuan pelancong juga sepi.

Ternyata PKP terbaru ini menjejas sektor pelancongan kerana ramai pelancong tempatan, terutamanya dari Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat berkunjung ke Langkawi.

Saya khuatir kesan jangka panjang kepada ekonomi Langkawi dan kepada kehidupan penduduk pulau ini.

Sebenarnya terdapat banyak cara dan cadangan untuk memperbaiki ekonomi Langkawi.

Tetapi setakat ini kebenaran kerajaan tidak dapat diperolehi.

Mungkin ia disebabkan wabak Covid-19. Tetapi jika dirancang dengan mengambilkira SOP Covid-19, industri pelancongan dan lain-lain industri boleh diperbaiki.

Ini bukan sahaja boleh dilakukan tanpa peruntukan kerajaan tetapi boleh menyumbang kepada pertambahan dana Kerajaan.

Saya fikir penyakit ini akan ambil masa yang lama. Kita tidak mungkin dapat hapus terus penyakit ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, rakyat perlu terus hidup dan menjana pendapatan untuk sara kehidupan serta keluarga. Mereka harus diberi peluang jika tidak negara akan mengalami kehancuran ekonomi.

Mungkin ada sesiapa dalam kerajaan yang boleh dengar rintihan peniaga kecil seperti ini dan beri pertimbangan. Saya akan terus berikan idea lain jika ianya dapat membantu.

* Dr Mahathir Mohamad merupakan bekas perdana menteri Malaysia selama dua kali.

* Tulisan ini merupakan pandangan penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Apabila benih kelapa bertukar menjadi pulau

Negara kafir yang bernama UK ini memberikan kebebasan kepada pelajar luar negara.

Falsafah sebiji kelapa

Benih yang baik dipukul ombak akhirnya akan menjadi pulau.

Melawan Operasi Lalang dari London

Aku kini sebahagian daripada sosok yang meramaikan kota London.

Perubahan lidah, tangan, tapak kaki, petunjuk awal jangkitan Covid-19, kata penyelidik

Kesimpulan itu antara dapatan daripada kajian dilakukan ke atas 666 pesakit Covid-19 di hospital medan Ifema Madrid.

Kes Covid-19 global sudah melebihi 100 juta

Di seluruh dunia, setakat ini sekurang-kurangnya 2,151,242 orang maut akibat Covid-19.