Thursday, October 21, 2021

Kaji semula kontrak bekalan peralatan ketenteraan dari Perancis

Peralatan kritikal pertahanan negara dibekal dan masih diselenggara oleh pihak Perancis.

Other News

Penulis merasa gusar apabila melihat kerancakan perbalahan tentang dasar anti-Islam Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menerima perdebatan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Hubungan intim Najib dengan pihak pembekal peralatan ketenteraan Perancis sememangnya diketahui sehingga terhasilnya kontrak pembelian kapal selam Scorpene sewaktu beliau menjadi menteri pertahanan.

Pun begitu, apa yang lebih merunsingkan penulis adalah kerajaan seolah-olah tiada tindakan jelas terhadap kesangsian yang timbul apabila pemerintah Perancis berlaku sebegitu dalam isu anti-Islam.

Ini seharusnya membawa kepada kesedaran risiko besar berpunca daripada terlalu banyak peralatan kritikal pertahanan negara yang dibekalkan dan masih lagi  diselenggara oleh syarikat-syarikat Perancis.

Perancis bukan sekadar membekalkan kapal selam Scorpene ke Malaysia, malah kesemua kapal frigat, KD Maharaja Lela teknologinya dibekalkan oleh syarikat Perancis dan masih diselenggara mereka.

Ia turut menjadi bahan kritikan utama pembuatan kapal-kapal tersebut oleh anak-anak syarikat Boustead Holdings milik majoriti Lembaga Tabung Angkatan Tentera terlalu kurang unsur perkongsian teknologinya yang membawa maksud TLDM masih terpaksa bergantung kepada bantuan kepakaran Perancis.

Pembekalan ketenteraan Perancis tidak terhad kepada TLDM sahaja, contohnya, TUDM masih menggunakan kapal terbang Airbus A400M yang dibekalkan syarikat Airbus Defence and Space yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Perancis (11.1%).

Penulis difahamkan kapal terbang – kapal terbang tersebut masih diselenggarakan oleh anak syarikat Airbus di Malaysia.

Senario itu amat mencemaskan apabila peralatan ketenteraan negara kita masih bergantung kesiapsiagaan kepada pakar-pakar runding daripada sebuah negara yang presidennya sedia memaparkan dirinya sebagai anti-Islam.

Daripada begitu teruja dengan komen-komen sinis seorang bekas perdana menteri yang sedang menanti hukuman rasuah yang merupakan rakan dagang rapat pembekalan peralatan tentera dari Perancis, penulis lebih rela mengamati kritikan Dr Mahathir.

Oleh itu pihak kerajaan Malaysia disyor untuk menilai kembali seluruh hubungan ketenteraan terutama bekalan peralatan dari Perancis, termasuk pergantungan sedia ada mahupun sebarang rencana untuk masa depan.

Jika ia berkait dengan Perancis wajar setidak-tidaknya ditangguhkan atau dibatalkan sama sekali.

Penulis merupakan mantan ahli lembaga pengarah LTAT

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles