Friday, November 27, 2020

Bagaimana jika lelaki hamil?

Siri-siri XY ini adalah berdasarkan kisah benar.

Other News

Germany’s Covid-9 infections pass 1 million

The number of Covid-19 patients in intensive care nationwide has soared from just over 360 in early October to more than 3,500 last week.

Anwar dipanggil sebagai saksi kes saman bekas pegawai penyelidik dipukul setiausaha politiknya

Perbicaraan dijadualkan berlangsung di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac tahun depan.

PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya serentak 16 Jan 2021

Kdua-dua kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya kosong selepas penyandangnya meninggal dunia bulan ini.

Anwar to be summoned as witness in suit over alleged assault by pol-sec

The trial will be held at the Shah Alam Sessions Court in March next year.

Trump akan tinggalkan Rumah Putih jika undi elektoral berpihak kepada Biden

Setakat ini, Trump masih belum mengalah.

Tiga filem pendek penuh emosi inisiatif For Youth Initiative Kuala Lumpur (FYI KL) mengetengahkan satu kemungkinan yang demikian sensasi; bagaimana kiranya jika lelaki boleh hamil dan diletak dalam keadaan perlu menggugurkan kandungan mereka?

Filem-filem pendek ini, setakat ini tiga siri yang diberi judul XY – Gugurkan Stigma (XY – Abort the Stigma) menampilkan kerja-kerja seni pembikin filem tempatan.

Karyawannya masih muda namun begitu berbakat.

Siri pertama, menggambarkan pasangan kekasih yang masih muda, amat naif tentang seks selamat dan terlanjur.

Tidak seperti lumrahnya, yang perempuan tidak mengandung.

Dalam dunia XY, yang boleh hamil ialah lelaki.

Kekasih perempuan sentiasa boleh berlepas tangan dan meninggalkan kaum lelaki yang akhirnya terpaksa hamil, mengalami dilema samada perlu menggugurkan kandungan atau menyimpannya.

Lelaki jugalah yang terpaksa berdepan dengan stigma dan momok masyarakat sehingga dikecam dan diaibkan oleh dunia yang begitu berat sebelah.

Sedutan dalam filem pendek itu.

XY siri pertama ini garapan Thineshan, Jiamin, Samy, Fara Rom, Tee Kai Hong dan Angeline Eden.

Ia dimulai dengan suara latar dan suguhan adegan meyakinkan.

Latar awal, kekasih perempuan memujuk kekasih lelaki yang tidak begitu pasti.

Bahawa kononnya cara seks selamat ialah dengan pancutan luar.

Apabila si lelaki mengandung, kekasih perempuannya yang bertanggungjawab menghamilkannya begitu berbolak-balik.

Syot kedua-duanya duduk di bangku terpisah, emosi si lelaki yang melihat lelaki lain berlari anak di taman dalam keadaan sihat dan berpeluh, serta cemuh si bapa lelaki begitu meyakinkan dalam filem pendek ini. Ia mendorong keresahan khusus untuk khalayak lelaki.

Dalam adegan lain, si lelaki mendakap diri sambil memegang perutnya, dan untuk lebih menggambarkan kedalaman emosi; si lelaki bermain dengan mainan anak-anak yang konon disimpan kalau-kalau kandungan itu kelak dilahirkan.

Pun, si lelaki tetap membuat pilihan untuk menggugurkan.

Syot sederhana tetapi begitu berbekas ditunjukkan dengan curahan secawan sirap merah ke dalam sinki.

Tidak seperti di dunia realiti, di dalam XY siri pertama ini sang perempuan akhirnya bebas meninggalkan si lelaki dan berkahwin lain.

Mereka hidup bahagia dengan dua anak sedang dia si lelaki malang tersebut ditinggalkan kesepian, menangisi apa yang pernah dilakukannya.

Pelakon-pelakonnya menggerakkan naratif dengan mantap sekali.

Refleksi nafsu atau kebetinaan yang rendah si kekasih perempuan sehingga membuatkan kekasih lelakinya hamil dan terpaksa menggugurkan kandungan serasa demikian efektif sehingga menimbulkan kesan benci yang meluap.

Untuk siri pertama ini, bebas dari stereotaip; pasangan kekasih ini adalah dari dua bangsa berlainan.

XY siri kedua membawa kejutan lain, seorang lelaki yang terlihat sebagai suri rumah tetapi sebetulnya bekerja di rumah menentang emosi lain pula.

Kelihatannya dia telah banyak berkorban. Dia sudah punya dua anak, cuba mengejar karier dalam dunia yang mendiskriminasi lelaki dan suaminya terlalu sibuk.

Pun dia mengandung. Si lelaki suri rumah ini kelihatannya tidak bersedia untuk punya anak lagi. Anak-anak sedia ada sudah terasa mengambil masa dan hidupnya dengan begitu dominan sekali.

Refleksi nafsu atau kebetinaan yang rendah si kekasih perempuan sehingga membuatkan kekasih lelakinya hamil dan terpaksa menggugurkan kandungan serasa demikian efektif sehingga menimbulkan kesan benci yang meluap.

Dia malah tidak sempat duduk untuk menonton perlawanan bola yang digemarinya. Maka dengan bantuan media sosial dia menemukan hashtag pil gugur yang hanya memburukkan keadaan.

Dia akhirnya terpaksa memilih prosedur “d & c” untuk menggugurkan kandungan.

Pada hari dia perlu melakukannya, suaminya bercuti untuk menjaga anak-anak mereka yang kelihatan rapat-rapat, dan dia ke klinik sendirian untuk membuang kandungan.

Dalam siri kedua ini, filem pendek tampil membawa satu mesej berbeza, bahawa tubuh lelaki itu adalah kepunyaannya dan dia berhak menggugurkan kandungan.

Kita melihat emosi pelakon yang menimbulkan kemusykilan; kenapa seorang lelaki yang isterinya berjaya dalam karier perlu melakukan pengorbanan sedemikian.

Hanya setelah kandungan itu berjaya dinyahkan, kita diperihalkan betapa si lelaki itu adalah seorang Orang Kurang Upaya yang tangan kanannya separa lumpuh disebabkan satu kemalangan langgar lari pada usia lima tahun.

Dia begitu terdesak dan mendepani cabaran untuk melahirkan dan mendewasakan anak-anaknya. Maka dia tidak menyesal melakukannya, berbanding si lelaki dalam siri Xy yang pertama.

Emosi pelakon utama yang memainkan watak “isteri” yang terbeban oleh anak-anak terasa begitu mendalam dan kukuh.

Syot dekat terhadap stereng apabila si lelaki memandu ke klinik, dan tekanan emosinya untuk berdepan seorang diri di hujung dengan gerak tubuhnya mengemaskan ranjang dan membetulkan foto masa kecilnya di tubir katil begitu menggaru jiwa.

Filem garapan Ewan Fauzi, Eyla Aznan, Mohamed Alif Solihin dan Pavitra cuba meyakinkan audien bahawa tubuh seorang lelaki adalah kepunyaannya dan hanya dia berhak membuat keputusan mengenainya, termasuklah dalam hal menggugurkan kandungan.

Siri ketiga pula menampilkan kenaifan remaja di sekolah.

Sekali lagi kes terlanjur dan kebodohan ekoran ketiadaan bimbingan dan kefahaman mengenai pendidikan seks.

Setelah si lelaki didapati hamil, mereka berusaha sendiri-sendiri untuk menggugurkan kandungan, menjual barangan peribadi malah si perempuan mendagang dadah untuk membiayai kos pengguguran anak.

Pada hari si lelaki dan perempuan berada di klinik dengan kedua-duanya tenggelam dalam muatan telefon bimbit, latar suara si lelaki menerangkan; apa yang dia perlukan hanyalah untuk memegang tangan ibunya.

Kejadian itu menyebabkan si lelaki terperosok jatuh dalam kemurungan dan hanya berjaya keluar apabila berada di menara gading dan setelah bertemu dengan seorang kekasih perempuan yang baik dan melayannya sebagai lelaki bermaruah.

Adegan si lelaki dalam pakaian uniform sekolah di kamar tandas melakukan ujian kehamilan begitu berjaya diolah.

Menurut saya Wilfred, Nabilah Hamid, Juliana, Tee Kai Hong, Angelie Eden dan Pera menjayakan filem ini baik sekali.

Malah watak si perempuan yang seolah-olah lelaki berfoya-foya meninggalkan si lelaki yang tertekan depresi begitu menyerlah.

Filem-filem pendek ini mungkin bertujuan pendidikan.

Ia menyelitkan asuhan dan pengajaran mengenai seks sihat, hak asasi manusia dan kesedaran gender.

Idea kreatif meletakkan lelaki dalam keadaan wanita dilema begitu kuat. Naratif terbalik ini menjadikan siri XY ini berbeza dan bukan klise yang berulangan.

Siri-siri XY ini adalah berdasarkan kisah benar.

XY – Gugurkan Stigma turut didanai oleh Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM), Asia Safe Abortion Partnership, Asian-Pacific Resource and Research Centre for Women, dan Safe Abortion Advocacy Initiative – A Global South Engagement dalam memberikan maklumat mengenai pengguguran anak yang selamat.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Previous articleJangan kata Agong tak adil
Next articleMonsieur Tang

Related Articles

Skandal kurun ini: Marquez

Pojok Marquez adalah nyawa kepada seluruh karyanya, benih tersemi untuk segala seni yang ditanaminya.

Belasungkawa Salleh Ben Joned

Puisi-puisi Melayu Salleh ben Joned yang segugus itu mengatasi - semua - kekuatan puisi Muhammad Haji Salleh malah Salleh bahkan menurut saya meninggalkan Usman Awang sebagai penyair romantik Melayu.

Adakah kita berhak mematikan?

Malaysia malangnya dalam 56 negara yang masih melaksanakan hukuman mati bersama-sama China, Jordan, Singapura dan Mesir.

Politik Sabah dalam karya Arena Wati

Salah satu wacana yang cuba diketengahkan oleh Arena Wati adalah persoalan rasuah dalam politik Sabah.