Saturday, February 27, 2021

Muhyiddin meniti di jambatan rapuh?

Mampukah Muhyiddin membaiki jambatannya bagi menghadapi kemelut politik negara.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Kebanyakan pemerhati politik melihat kerajaan Muhyiddin Yassin, berada di dalam keadaan yang tidak selamat.

Kedudukan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan yang sangat rapuh. Seperti kata pepatah, bagaikan “telur di hujung tanduk”.

Benarkah kerajaan PN masih di dalam keadaan begitu? Tidakkah mutakhir ini, terdapat petunjuk bahawa Muhyiddin kembali mendapat kekuatan.

Biarpun tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat membaiki jambatannya untuk membolehkan beliau menghadapi riak gelombang kemelut politik negara.

Suara dan rayuan oleh Khalid Samad dan Mujahid Yusof menggambarkan kegelisahan pihak pembangkang terhadap kelemahan mereka.

Sekaligus menggambarkan kelemahan dan kegagalan mereka. Tegasnya, mereka tidak mempunyai nombor yang cukup untuk menggulingkan Muhyiddin daripada persada kuasanya.

Mujahid merayu sokongan daripada ahli-ahli Parlimen Umno.

Persoalanya mengapa? Tentunya cuba menambah kekurangan yang ada di pihak pembangkang, yang sebelum itu ghairah mengatakan Anwar Ibrahim memiliki sokongan 121 ahli Parlimen.

Manakala Khalid yang pada mulanya mengatakan terdapat 30 ahli Parlimen Umno yang memberi sokongan kepada Anwar, kemudian merayu supaya Dr Mahathir Mohamad kembali bersama presiden PKR itu.

Dakwaan tentang 30 ahli Parlimen itu, menjatuhkan taraf ahli Parlimen Shah Alam sebagai “Pak Lawak” politik.

Ini kerana Umno hanya terdapat 39 orang ahli Parlimen sahaja.

Bermakna hampir kesemua berpihak kepada Anwar, sedangkan Umno hanya mempunyai 39 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Suara pendokong dan pentaksub Anwar semakin menyepi seolah-olah membawa lara.

Keghairahan tentang Anwar akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan, sayup-sayup kedengaran di celah kesyahduan mereka.

Keyakinan untuk Anwar menjadi perdana menteri kesembilan berlalu bersama bayu pagi.

Dakwaan tentang 30 ahli Parlimen itu, menjatuhkan taraf ahli Parlimen Shah Alam sebagai “Pak Lawak” politik.

Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi semalam disambut rasa pilu oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Dengan nada seorang yang kecewa, seperti ditinggalkan kekasih, beliau menyatakan “PKR mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang dibuat presiden Umno.

Beliau menyatakan akan meneruskan perjuangannya untuk menggembalikan mandat rakyat.

Jelas kekecewaan dari rantaian kata-katanya. Beliau persis Buddha, berkelana mencari Nirvana.

Sebenarnya, kenyataan Zahid semalam memaku kejap “keranda harapan” kepada pihak yang bermimpi untuk menjadi perdana menteri kesembilan termasuk Anwar, Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir.

Ramai yang berpendapat Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li hanyalah meletakkan harapan sekiranya berlaku kejatuhan Muhyiddin dan tiada pihak mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Maka beliau boleh mencelah menjadi perdana menteri interim.

Itupun hanya sementara sebelum terdapatnya seseorang ahli Parlimen yang boleh mengumpul jumlah yang cukup untuk menjadi perdana menteri kesembilan.

Pemerhati politik berpendapat Ku Li juga mengharapkan jawatan utama diperolehi sekiranya Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat seperti mana peruntukan Perlembagaan dalam perkara 150.

Tetapi dibaca bersama dengan perkara 40. Itupun sekiranya Agong tidak memilih Muhyiddin untuk menjadi pengerusi kerajaan darurat.

Sandaran bagi pemerhati politik terhadap Ku Li adalah beliau merupakan ahli Parlimen yang paling senior dan pernah memegang beberapa jawatan kerajaan.

Biarpun Pejuang mengisytiharkan Mahathir adalah orang yang paling layak untuk menjadi perdana menteri kesembilan tetapi nampaknya harapan itu bagai bermimpi di siang hari.

Penulis percaya Muhyiddin mampu meniti di jambatan rapuhnya sehingga ke desitinasi terakhir kerana Zahid memberi kekuatan baru kepada beliau sambil melemahkan “nafsu syahwat” pesaing-pesaingnya.

Barangkali Muhyddin tidak semata-mata menyandarkan keyakinannya kepada sokongan Zahid semalam.

Sebaliknya mungkin di dalam diam-diam beliau sudah menyambar Mohd Shafie Apdal di dalam kelemasan, selepas hilang jawatan ketua menteri Sabah.

Tentulah Shafie sedang berusaha untuk mendapatkan tangki oksigen buat dirinya. Itu bermakna antara mereka sama-sama perlu-memerlukan.

Shafie ingin memanjangkan nyawanya di dalam politik tanah air.

Manakala Muhyiddin mahu melanjutkan usia kerajaan PN dan jawatan perdana menteri.

Sekiranya Muhyiddin dapat mencungkil lapan ahli Parlimen Warisan di negeri Bawah Bayu, maka kerajaan PN akan selamat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rombakan Kabinet oleh Muhyiddin akan nampak lebih sesuai sekiranya dilakukan selepas penyertaan gerombolan Shafie.

Rombakan dilakukan seperti suatu keperluan dan bukan disebabkan tekanan daripada Umno.

Beliau perlu menukar Senator yang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri kepada ahli Dewan Rakyat.

Senator-senator tersebut tidak dapat memberi undi kepadanya di Dewan Rakyat.

Kesimpulanya, biarpun Muhyiddin meniti di jambatan rapuh, tetapi beliau masih mampu mencecah ke gigi tebing penghujung jambatan. Beliau boleh menyiapkan diri untuk menghadapi PRU15.

* Kamarazaman Yacob adalah bekas aktivis mahasiswa 1970-an.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

See the good from Sheraton Move, PH supporters told

Political scientist Wong Chin Huat says even an event like the Sheraton Move, which saw the collapse of the PH government, may have 'positive unintended consequences'.

Muhyiddin, Noor Hisham among first to receive Covid-19 jab

This marks the launch of the National Covid-19 Immunisation Programme, under which about 80% of the population has been targeted with the goal of achieving herd immunity.

Muhyiddin to receive first Pfizer jab today

Also scheduled to receive the vaccine today are health director-general Dr Noor Hisham Abdullah and four other staff from the health ministry.

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.