Saturday, January 16, 2021

Lawatan menteri luar China beri pelbagai manfaat kepada Malaysia

Walaupun negara kecil, Malaysia mempunyai pengaruh besar di peringkat antarabangsa dan terus mengekalkan pendirian berkecuali.

Other News

Menteri jelaskan rasional benarkan kedai barang kemas dibuka

Ia bertujuan untuk membantu rakyat bawahan yang mahu menjual barang kemas mereka bagi mendapatkan wang tunai.

Minister shares rationale behind green light for ‘non-essential’ gold stores

Minister Alexander Nanta Linggi says the permission to continue operating granted to goldsmiths and jewellers is not intended to benefit the wealthy.

Global Covid-19 death toll passes 2 million

Infections have snowballed, with 724,000 new cases recorded on average per day globally over the past week – a record 10% increase from a week earlier.

WhatsApp delays data sharing change after backlash

Users concerned about privacy have been fleeing the Facebook-owned messaging service and flocking to rivals Telegram and Signal.

Salleh Abas, man at the centre of 1988 tussle between judiciary and executive, dies at 91

Salleh was dismissed as lord president after criticising what he said was then-prime minister Dr Mahathir Mohamad's meddling in the judiciary.

Hubungan diplomatik Malaysia-China dimeterai sejak 1974.

Berpegang kepada semangat kesaksamaan, kepercayaan dan saling menghormati sepanjang 46 tahun, persahabatan dua negara ini mencoret sejarah kerjasama yang amat berjaya merangkumi pelbagai bidang.

Malah, hasil usaha kementerian luar pimpinan Hishammuddin Hussein sejak Mac lalu, hubungan Malaysia-China semakin akrab seterusnya membawa kepada kerjasama dalam memerangi Covid-19, memperkukuh semula ekonomi, dan perancangan kerjasama pasca pandemik.

China menjadi antara negara penyumbang sumbangan bantuan Covid-19 terbesar kepada Malaysia.

China juga negara pertama menghantar pasukan perubatannya ke Malaysia bagi membantu barisan hadapan negara kita perangi Covid-19.

Menteri Luar China Wang Yi menjadi salah seorang menteri luar terawal menghubungi Hishammuddin pada hari pertama beliau di Wisma Putra.

Baru-baru ini, Wang Yi juga menjadi menteri luar pertama mengadakan lawatan rasmi ke negara ini untuk bertemu Hishammuddin.

Lawatan ini diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang amat ketat seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Biarpun singkat dan perlu patuhi SOP ketat, namun lawatan ini amat berjaya.

Menerusi pertemuan empat mata antara Hishammuddin dan Wang Yi, Malaysia-China mencapai beberapa kesepakatan yang memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara khususnya Malaysia.

Paling utama, China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai negara penerima vaksin Covid-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan.

Keputusan China ini sejajar dengan perancangan Wisma Putra menerusi kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KKM untuk menjadikan Malaysia sebagai “first mover advantage” dalam menerima vaksin Covid-19.

Ada sebahagian rakyat bertanya, apa pulangan yang diterima China menerusi pemberian vaksin ini?

Pulangannya ialah, Malaysia bersetuju memenuhi hasrat China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit negara kita hingga tahun 2023.

Pembelian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada China dari sudut keperluan minyak sawit mereka, tetapi juga berupaya meningkatkan ekonomi negara dan mengukuhkan Felda.

Paling utama, China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai negara penerima vaksin Covid-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan.

Lebih bermakna, kesepakatan ini bakal memanfaatkan seramai lebih 650,000 pekebun kecil sawit dan 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Tidak hanya vaksin dan pembelian minyak sawit, Malaysia dan China turut bersetuju – memeterai memorandum persefahaman behubung kerjasama pasca Covid-19, mewujudkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi berhubung kerjasama pasca Covid-19 yang akan dipengerusikan menteri luar kedua-dua negara, dan China komited untuk menggalakkan pihak perusahaannya meningkatkan jumlah import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan Malaysia.

Amat jelas, kesepakatan ini bukan sahaja membuktikan penghormatan China terhadap Malaysia.

Malah, ia menyerlahkan kepada dunia biarpun Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun namun tetap mempunyai pengaruh serta berperanan penting kepada negara maju dan kuasa besar.

Malaysia juga sebuah negara yang mempunyai prinsip dan pendirian teguh.

Prinsip dan pendirian ini tidak berganjak walaupun kita perlu berhadapan dengan negara kuasa besar.

Misalnya dalam isu pembukaan sempadan, China ada menyatakan hasrat untuk memulakan inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane) dengan negara kita bagi membolehkan rakyat kedua-dua negara memasuki China dan Malaysia atas tujuan rasmi dan penting.

Bagaimanapun, Malaysia bertegas untuk tidak akan melaksanakan inisiatif ini selagi situasi Covid-19 belum benar-benar reda.

Dalam isu Laut China Selatan, pendirian Malaysia kekal teguh.

Dalam beberapa bulan ini sahaja Malaysia beberapa kali menyuarakan ketegasan perairan berkenaan mesti kekal sebagai perairan keamanan dan berdagangan.

Sebarang perbezaan serta pertikaian di perairan berkenaan perlu ditangani menerusi dialog dan jalan rundingan. Malaysia juga bertegas dalam melindungi kepentingan dan haknya di Laut China Selatan.

Malaysia bukan negara yang gemar memilih kaedah ketenteraan namun Malaysia konsisten mengemukakan nota bantahan kepada negara yang mana kapal mereka menceroboh perairan negara kita.

Malaysia juga tidak akan melayan sebarang tuntutan pihak asing ke atas perairan negara.

Jika kita layan, maka secara tidak langsung kita mengiktiraf tuntutan nereka.

Justeru, melayan tuntutan tidak akan Malaysia lakukan sampai bila-bila.

Pendekatan Malaysia di dalam isu kedaulatan (sovereignty) dan hak kedaulatan (sovereign rights) konsisten.

Kita tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar.

Malaysia akan terus komited untuk mencapai penyelesaian damai disamping menjunjung kedaulatan negara Malaysia.

Kepentingan negara akan tetap kerajaan pertahankan sebaik mungkin walau dengan negara manapun kita bekerjasama.

Namun demikian, Malaysia dan China akan terus mengharungi susah senang demi mencapai pelbagai lagi manfaat bersama.

Bak kata pepatah Melayu, “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing,” “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.”

*Penulis ialah Felow (Kajian Dasar Luar Negara dan Keselamatan), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis Malaysia).

*Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ingat kembali bagaimana kita kalah, Hishammuddin beritahu Umno

Pemimpin Umno perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya 2018 selepas kehilangan 54 kerusi kepada Pakatan Harapan.

Remember how we lost, Hishammuddin warns Umno top leaders

He says Umno has been given a chance to show the people that it is attentive to the people's well-being.

Pemilihan MB baru Perak bergantung kepada pemimpin setiap parti, kata Hishammuddin

Jawatan MB kosong selepas Umno menggulingkan Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu di DUN Perak.

Malaysia kecam ucapan benci dan fitnah Islam presiden Perancis

Tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

Hishammuddin appointed BN treasurer

The 'small reshuffle' was carried out following a discussion with BN component party leaders, says chairman Zahid Hamidi.