- Iklan -
Rencana

Dari mana sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar?

Pada ketika ini, Muhyiddin Yassin masih lagi menjawat jawatan perdana menteri Malaysia.

Kamarazaman Yacob
2 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Macam mana ni? Masakan pada 13 Oktober ini Yang di Pertuan Agong boleh putuskan Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ketika Muhyiddin Yassin masih lagi perdana menteri.

Agong mesti memanggil dulu Muhyiddin untuk membuktikan beliau masih mempunyai sokongan.

Itupun kalau Anwar dapat membuktikan mempunyai nombor yang cukup, mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan”.

Melihat kepada proses pelantikan Muhyiddin dahulu, Agong dan Raja-raja Melayu, begitu berhati-hati.

Biarpun pada masa itu sudah tiada perdana menteri.

Sedangkan pada ketika ini, Muhyiddin masih lagi berkuasa.

Disebabkan itu, 13 Oktober ini bukanlah tarikh pemilihan perdana menteri ke sembilan.

Prosesnya masih panjang dan berliku-liku.

Saya percaya, Agong akan memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja untuk memutuskan keadaan.

Melihat kepada proses pelantikan Muhyiddin dahulu, Agong dan Raja-raja Melayu, begitu berhati-hati.

Itupun kalau Agong merasa yakin dengan pengakuan Anwar.

Selepas itu akan memanggil ahli-ahli Parlimen sepertimana dilaksanakan sebelum memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Daripada sumber yang rapat dengan Anwar, dan Majlis Pimpinan Pusat PKR, Anwar tak mempunyai akuan berkanun (SD).

Anwar hanya mempunyai cuma surat-surat pengakuan daripada ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Sudah tentulah surat-surat itu tidak cukup kuat untuk dijadikan sandaran.

Saya penuh yakin, Muhyiddin dapat meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri.

Ini diasaskan kepada penafian daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang dikaitkan, sebagai penyokong Anwar.

Malahan ada yang membuat laporan polis terhadap Anwar kerana dikaitkan.

Termasuk juga penafian daripada GPS.

Dari mana Anwar boleh mendapat sokongan lebih 130 ahli Parlimen?

Modal asalnya, hanya 91(PKR 38, DAP 42, Amanah 11).

Kalau dicampur dengan 8 kerusi Parlimen Warisan, baru 99.

Dicampurkan dengan 5 kerusi Pejuang, jadi 104.

Campur dengan kerusi Baru Bian, baru 105.

Campur dengan PBS 2, UPKO 1. Baru jadi 107.
Benarkah 10 ahli Parlimen Umno akan menyokong Anwar?

Berasaskan logik akal, Anwar tak ada nombor.

*Kamarazaman Yacob merupakan bekas aktivis mahasiswa 1970an.

*Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.