Tuesday, October 20, 2020

Politik Sabah dalam karya Arena Wati

Salah satu wacana yang cuba diketengahkan oleh Arena Wati adalah persoalan rasuah dalam politik Sabah.

Other News

Bekalan air dijangka mula disalurkan esok pagi, kata Air Selangor

Air Selangor memohon kerjasama pengguna agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Umno can sack leaders who support outsiders, Ku Li warns after president’s pro-Anwar letter

This comes amid growing discomfort within party ranks over the revelation that Umno president Ahmad Zahid Hamidi backed a coup plan by Anwar Ibrahim.

Buang pemimpin Umno sokong pembangkang, kata Ku Li selepas surat Zahid-Najib bocor

Razaleigh berkata, tidak wajar bagi pemimpin Umno mendahulukan kepentingan pihak lawan.

PKPD di Penjara Kepayan, Sabah mulai esok hingga 2 Nov

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

Backup water source in the pipeline, minister says as taps run dry again

But Tuan Ibrahim Tuan Man says pollution will continue as long as there are perpetrators.

Dalam kalangan masyarakat di luar sastera, Sasterawan Negara Arena Wati kurang dikenali berbanding Usman Awang, A Samad Said dan Shahnon Ahmad.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Makasar, Indonesia dan meninggal dunia pada 25 Januari 2009.

Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1988.

Terdapat sehimpunan karya di bawah Trilogi Busa oleh sasterawan negara ini.

Jilid pertama daripada trilogi ini berjudul Busa Hati, menyentuh kerencaman politik etnik di Sabah yang melibatkan Malaysia (atau kerajaan persekutuan secara menyeluruhnya).

Ia bermula dengan kematian Kosiau, di mana segala susur keluarga yang berseliratan mulai mengambil tempat dan berjalan di atas tali waktu yang pendek.

Ia memaparkan perebutan kuasa antara kelompok gabungan Pagan, Kristian dan Cina dengan kelompok Melayu Bajau Suluk dengan kecam perdananya terhadap politik wang.

Jilid kedua pula yang berjudul Busa Sukma, merenung ke dalam kacau politik Sarawak.

Malah disogokkan juga pertumpahan darah antara kaum Melayu dan Dayak.

Terakhir adalah jilid ketiga, Busa Kalbu yang memperlihatkan perpecahan dua kumpulan dalam parti utama di Semenanjung Malaysia sehingga mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Rencana saya ini bagaimanapun hanya melihat novel Busa Hati.

Novel ini mengisahkan resah sebuah keluarga besar selepas kematian kuasa matriarki iaitu Kosiau.

Ekoran kematian itu, kita dihidangkan drama keluarga menerusi anak, cucu dan cicitnya.

Terdapat banyak watak yang berseliratan dan saling berbaur.

Namun demikian, plot utama yang menjadi teras Busa Hati memberi perhatian kepada Basirun, yang lahir di Sabah tetapi kemudian diterima menjadi rakyat Indonesia dengan pangkal Jeneral.

Karya ini seterusnya memperlihatkan bagaimana Basirun mematahkan campur tangan asing di Sabah (tentera bawah tanah Jepun Red Guard), mewaraskan permusuhan politik ekoran panasnya pilihan raya negeri Sabah, dan menyarankan satu projek pembangunan di atas tanah milik keluarganya untuk penanaman kacang soya.

Dalam sela dan celah plot itulah tampil isu-isu politik yang dimanipulasi oleh Arena Wati agar dapat menyatakan pandangan dan pendapat politik beliau.

Salah satu wacana yang cuba diketengahkan oleh Arena Wati adalah persoalan rasuah dalam politik Sabah.

Hamburan wang untuk rakyat ketika pilihan raya negeri tidak akan menjadi-jadi sekiranya pengundi atau rakyat sendiri memahami bahawa politik wang dan pembelian undi itu adalah salah dan merupakan satu rasuah.

Namun demikian, seperti yang terlihat dalam amalan politik, rasuah yang diberikan kepada pengundi dianggap satu norma biasa.

Hal ini ditunjukkan oleh Arena Wati dalam Busa Hati: Basirun tercengang. “Bukankah salah membahagi wang dalam kempen pilihan raya?”

Bahrum ketawa mengejek: “Begitu undang-undang pilihan raya di atas kertas. Peraturan itu dibuat di Kuala Lumpur. Wang balak Yayasan Sabah untuk orang Sabah. Saham Amanah itu di Kuala Lumpur. Bukunya pun dari Kuala Lumpur. Tapi buku yang dibawa ke Sabah itu, diisi wang Sabah. Jadi wang Sabah kepada orang Sabah, melalui buku Saham Amanah, yang dibawa dari Kuala lumpur. Jangan salahkan Sabah, kalau orang Sabah terima wang Sabah”.

Dalam salah satu bab Busa Hati, watak Zaitun seorang profesor dari semenanjung terkejut melihat ramainya pekerja parti dari semenanjung berada di Sabah.

Zaitun menyedari kehadiran “unsur semenanjung” itu didanai oleh perbelanjaan besar dalam bentuk pendanaan pilihan raya yang tidak transparen.

Dalam lubuk hati, Zaitun kian meriah gambaran wang kertas – lima puluh, seratus, lima ratus, seribu – daripada tangan pemujuk undi ke tangan pengundi.

“Benarkah celoteh wanita semalam?” Zaitun ingat borak kaum wanita parti yang bocor mulut bahawa partinya akan menang sebab dukungan bulat dari Kuala Lumpur.

“Tapi kami pun bayar mahal juga. Setiap orang dapat ganjaran. Ahli biasa lima ribu. Ahli jawatankuasa cawangan, sepuluh ribu. Ahli jawatankuasa bahagian, dua puluh ribu. Ahli jawatankuasa negeri tiga puluh ribu. Exco, lima puluh ribu. Timbalan Menteri lima puluh ribu. Menteri seratus ribu, pemimpin terbesar berjuta.”

Zaitun mengerutkan mukanya menghitung dalam kepala, “Jika diambil purata dua puluh lima ribu seorang dikali dua ribu lima ratus, berapa?”

Dia mengeluh: “Babi busuk! Enam puluh dua juta lima ratus ribu ringgit.”

Manakala amalan lompat parti politik dalam kalangan segelintir politikus kerap berlaku.

Ia merupakan satu bahagian dari korupsi yang mana berlakunya pengkhianatan terhadap mandat yang diberi rakyat dalam sistem demokrasi.

Di dalam Busa Hati, Arena Wati menunjukkan bagaimana amalan “katak” dan lompat parti ini berakarkan rasuah: “Bagaimana akan dipercayai orang kalau mereka sendiri tidak percaya antara satu sama lain?” Soalan Gibong mengejutkan Basirun.

“Dalam pilihan raya ini mereka pecah jadi empat – Kerbau, Gunung, Kongsi, dan Bebas.”

Mata dia bergilir dari Bibah kepada Basirun.

“Saya sudah terancam. Bila pilihan raya ini selesai, mereka akan pecat saya daripada jawatan pembantu ketua daerah. Boking pun akan dipecat daripada kedudukan Orang Tua-tua dan juri Mahkamah Anak Negeri.”

“Siapa kata begitu?” Suara Bahrum tajam.

“Libun dan Sadukong sudah sepakat begitu.”

“Kedua-dua orang tua itu dalam Kongsi. Mereka akan kalah. Jangan bimbang”

Gibong mengeluh. “Mereka akan segera melompat kepada yang menang.” Dia marah.

“Sekarang mereka sudah kaya. Kaut daripada Kerbau. Bolot daripada Kongsi.”

Dalam perenggan di atas, Arena Wati memperihalkan bagaimana jawatan-jawatan berpengaruh dalam masyarakat menjadi jajaan kuasa politik.

Jika posisi kuasa yang menentukan seperti keadilan boleh dijual beli dan digalang ganti masyarakat pasti menjadi kucar-kacir.

Dalam hal ini politik bukan lagi untuk tujuan murni berkhidmat buat masyarakat tetapi menjadi tawaran untuk meneruskan kuasa.

Busa Hati menghidangkan bahagian yang kurang diketahui oleh pembaca Semenanjung iaitu perihal lanskap budaya dan politik Sabah yang begitu khas dan berbeza sekali.

Sayang sekali novel beliau ini tidak dikenali orang.

 

 

 

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ketidaktentuan politik memburukkan lagi ekonomi negara

Negara ketika ini menghadapi tekanan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, huru-hara politik dilihat tidak membantu.

Jangan heret negara ke ‘kancah politik tidak menentu’, titah Agong

Yang di Pertuan Agong bertitah, kemelut politik yang melanda Malaysia hari ini perlu diselesaikan mengikut Perlembagaan negara.

Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok

Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis dibuat ke atas presiden PKR itu.

PRN Sabah

Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa Covid-19 sekiranya PRU diadakan.

Kes Covid-19 meningkat, tidak adil salahkan Muhyiddin

Tindakan 'merotan' bukan satu perkara lucu, ia adalah satu analogi yang mudah difahami segenap lapisan masyarakat.