Friday, October 23, 2020

Mahukah Umno jadi pembangkang semula?

Siapa Umno lebih percaya, PN atau PH?

Other News

Ismail Sabri ajak Hannah Yeoh bersama perangi Covid-19

Beliau berkata, pada ketika ini perbezaan politik harus diketepikan untuk memastikan penularan Covid-19 dihentikan.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

6 kluster baru Covid-19 dikesan hari ini

Kluster yang dikesan dilaporkan berlaku di Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Akta berkaitan perlindungan ketika Covid-19 berkuat kuasa esok

Warta Kerajaan akan berkuat kuasa 2 tahun dari tarikh penyiaran iaitu pada 23 Oktober.

HK regulator fines Goldman Sachs US$350 million over 1MDB

Goldman has accepted the findings, leading to an early resolution of the disciplinary action.

Pimpinan Umno boleh memberi pelbagai ulasan dan alasan mengenai situasi terkini politik dan kedudukan parti Melayu itu, tetapi realitinya akar umbi dan pimpinannya tidak mahu menjadi sebuah parti pembangkang kembali.

Pimpinan Umno boleh terus bertelagah sesama sendiri, boleh terus mengecam Bersatu dan bermain silap mata dengan Anwar Ibrahim, tetapi tiada yang akan berani melakukan sesuatu sehingga terjatuh semula sebagai pembangkang.

Kemarahan rakyat yang tiba-tiba membara terhadap ahli politik kerana angka jangkitan Covid-19 naik mendadak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyebabkan peluang membubarkan Parlimen secepat mungkin kini malap.

Keinginan melihat Parlimen dibubarkan secepat mungkin merupakan hasrat Umno selama ini. Ini kerana Umno berkeyakinan akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Persoalannya, apakah Umno yakin menang secara bersendirian ataupun yakin menang bersama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional? Jawapan kepada soalan ini sangat penting untuk menentukan strategi dan langkah Umno seterusnya.

Jika sebahagian memilih bersama Anwar, yang ruginya ialah Umno.

Pertama, Umno akan berpecah akhirnya. Sekarang Umno sekadar retak bukan berpecah.

Kaca retak masih berfungsi sebagai kaca. Jika sebahagian Umno memilih bersama Anwar, pepecahan akan ibarat kaca berkecai. Ia tidak dapat lagi digunakan.

Katakanlah sebahagian Umno memilih bersama PKR lalu Parlimen terpaksa dibubarkan, siapakah kawan dan lawan Umno pada PRU15?

Pertama, para pendokong kerajaan Muhyiddin Yassin dan Muafakat Nasional akan menganggap Umno sebagai pembelot lalu dicop sebagai musuh.

Mereka yang masih ingin bersama Muafakat Nasional dan mendokong kerajaan Muhyiddin akan terpaksa melompat ke Bersatu.

Kedua, apa pula yang akan berlaku kepada hubungan Umno, PKR, DAP dan Amanah? Bagaimana pula dengan nasib Barisan Nasional (BN)? Sudah tentu ia akan hancur berkecai.

Ketiga, apakah DAP dapat menelan segala laungan-laungannya seperti “penyamun” dan “perosak” terhadap Umno lalu cuba memutihkan Umno seperti memutihkan imej Dr Mahathir Mohamad ketika PRU14?

Keempat, sekiranya isu pembahagian kerusi dengan Bersatu di Perikatan Nasional menjadi fokus pertelingkahan utama Umno, apakah tidak perlu bimbang tentang isu pembahagian kerusi apabila mereka bekerjasama dengan PKR dan Amanah?

Bukankah kebanyakan kerusi Umno akan bertembung juga dengan PKR dan Amanah?

Kelima, jika Umno bekerjasama dengan PKR, apakah Umno tidak berkeinginan juga menjadi abang besar lalu membolot jawatan perdana menteri?

Sekiranya boleh bertoleransi dengan PKR di dalam isu ini, mengapa tidak dapat bertoleransi dengan Bersatu, sedangkan kedua-dua parti ini lahirnya daripada perpecahan Umno?

Keenam, antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, tepuk dada tanya sendiri, siapakah yang lebih menerima Umno seadanya dan siapa yang hanya mahu menggunakan mereka?

Hakikatnya, Umno baru keluar ICU selepas 22 bulan menjadi pembangkang. Kedua-dua presiden dan bekas presiden masih terpalit isu mahkamah.

Umno perlu mengambil masa untuk menggembalikan kekuatannya seperti dahulu.

Dan persepsi terhadap Umno juga memerlukan masa yang panjang untuk pulih. Di PRN Sabah sudah terbukti Umno tidak sekuat dulu.

Umno memerlukan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan Sabah.

Perikatan Nasional juga memerlukan Umno untuk membentuk kerajaan Sabah. Ia berbeza dengan Warisan dan PKR, mereka perlu “menggunakan” Umno untuk mendapat kembali kuasa.

Ingatlah, Muhyiddin bukan musuh Umno.

Sebaliknya Muhyiddin kembali menyelamatkan Umno meskikan satu ketika beliau dikorbankan mereka.

Akar umbi Umno hanya ada satu harapan pada pimpinan mereka, buatlah apa sahaja, tapi jangan sesekali sehingga menyebabkan kembali menjadi parti pembangkang.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Tiada perhimpunan Agung Umno tahun ini

Perhimpunan Agung Tahunan boleh diadakan bila-bila masa tidak lewat 18 bulan dari tarikh perhimpunan lalu.

No Umno general assembly this year

The party cites the Covid-19 pandemic as reason to postpone the meeting by six months.

DAP tolak kerjasama dengan Umno ketika wujud dakwaan pertemuan sulit dengan pemimpin parti Melayu itu

Ini adalah kenyataan kedua dalam tempoh seminggu daripada seorang pemimpin kanan DAP, menguatkan lagi Anwar tidak mempunyai majoriti kukuh.

DAP leader rejects working with Umno amid talk of post-royal audience meeting

This is the second statement in a week by a senior DAP leader, further confirming that Anwar Ibrahim does not have a strong majority.

Pemuda Umno tak akan layan sebarang agenda jadikan Anwar perdana menteri

Pemuda Umno juga sebulat suara menyokong "gencatan politik" seperti disarankan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.