Saturday, October 31, 2020

Adiguru: Budaya lawan agama

Dokumentari tersebut ialah suatu usaha mewaraskan pertembungan wacana antara budaya dan agama.

Other News

Taiwan military embraces same-sex marriages

Taiwan is the only Asian country to have legalised same-sex marriage.

Pandemic clips plane-maker rivals’ wings as both see profits plummet

But both companies are optimistic as they rebuild to come out flying on 'the other side of the pandemic'.

Kaji semula kontrak bekalan peralatan ketenteraan dari Perancis

Peralatan kritikal pertahanan negara dibekal dan masih diselenggara oleh pihak Perancis.

Time to go digital, SMEs told

It may be difficult but it will be worth it, struggling businesses told.

Sudah tiba masanya untuk transformasi digital PKS

Ia mungkin sukar tetapi berbaloi, kata pengalisis penyelidikan.

Di dalam perfileman, genre dokumentari sering terlepas pandang. Malah pengamal seni filem sendiri kadang-kala memilih untuk menjauhkan diri dari genre ini.

Selalunya, dokumentari dianggap sebagai produk kelas kedua. Di anugerah Oscar, dokumentari sebagai contoh bukan anugerah utama.

Badrul Hisham Ismail bagaimanapun secara konsisten menggelumangi genre ini.

Pada tahun 2016, bersama-sama penerbit dan pengarah filem Amir Muhammad, beliau mengarah dan menukangi dokumentari panjang, Voyage to Terengganu.

Dokumentari tersebut ialah suatu usaha menjejaki semula perjalanan Munshi Abdullah ke Terengganu.

Kali ini, Badrul menjelma kembali dengan dokumentari pendek berjudul “Apa Khabar Adiguru?”

Sarjana filem, John Grierson mengatakan dokumentari adalah satu garapan kreatif terhadap sesuatu yang aktual.

Menurut Grierson lagi, dokumentari tidak ada batas yang praktikal. Paul Rotha, sarjana filem lain pula berpandangan yang dalam dokumentari; kemunculan watak dan latar hanyalah perkara kedua.

Makna di belakangnya, dan signifikansi di sebalik orang yang menguasai perhatian yang akan menyebabkan sesebuah karya filem itu dapat masuk ke dalam kategori dokumentari.

Dokumentari menyuguhkan kepuasan wacana berbanding plot.

Justeru dokumentari menyediakan lebih dari filem cereka. Inti utama dokumentari adalah ilmu, yang gunanya untuk memuaskan nafsu tinggi, dan takat kognisi.

Beza dokumentari dan filem cereka tidak terletak pada penukangannya atau krafnya, tetapi perbezaannya yang paling ketara adalah terletak pada; kerana apakah kraf itu dibina sedemikian rupa.

Adakah kerana cerita semata, atau kerana bahan yang ingin ditonjolkan. Dalam hal ini, dokumentari menjadikan kandungan ilmu sebagai pelincir subjek yang ingin disampaikan.

Badrul nampaknya menguasai permintaan genre dokumentari ini, justeru Apa Khabar Adiguru menjadi sebuah karya yang berbekas.

Meskipun pendek, sekitar dua puluh minit, ia memberikan kita persoalan demi persoalan yang penuh provokasi. Bagaimanakah agama dan budaya dapat bertemu?

Apa Khabar Adiguru dibuka dengan gesekan rebab “buka panggung” oleh Pak Su Roni di Jertih.

Sekilas kemudian, dokumentari ini menerpa kepada Afiq M. Noor aktivis masyarakat yang memberi penegasan; “Yang bunuh orang seni ialah agama. sebab cara kita faham agama itu senget dan bermasalah.”

Kemudian Afiq menyatakan dengan kuat, perihal agama yang menjatuhkan hukum – haram haram haram – tanpa apologetik.

Kamera menyorot pula Mak Su Ti dan Rohana, pengamal mak yong di Kuala Besut.

Mak Su Ti bermain mak yong sejak umur 16 tahun dan percaya mak yong tidak berasal dari Thailand, ataupun Riau tetapi sebaliknya lahir di Hulu Kelantan/Hilir Trengganu lebih khusus di Bukit Yong.

Rohana, generasi baru mak yong (bertudung) memerikan perihal bagaimana dia berangin (bernafsu) untuk memain mak yong.

Kedua-duanya menyanggah tuduhan pengamal mak yong itu bersyirik. Mak Su Ti malah percaya, mak yong amalannya bersih, “Sudah tujuh lapis dah mak yong.”

Manakala Rohana meyakini, “Tari dan nyanyi mak yong itu adalah untuk memberitahu diri sendiri.”

Tentu kenyataan itu setelah Rohana mengujarkan untuk beroleh semangat main mak yong, dia perlu menyeru semangat nenek moyang.

Setelah bernafsu, atau masuk semangat (semah angin) Rohana akan berupaya main mak yong. Yang mana di dalamnya ada mak yong, silat, joget dan hala.

Lain dari kedua-dua wanita dua generasi ini, dokumentari menampilkan Pak Chu seorang pengamal main teri.

Jika tidak benar-benar mengamati tokoh ini, kita tidak akan menyedari Pak Chu adalah seorang Cina.

Tanpa segan silu dia memainkan gendang sambil berdikir.

Liriknya, antara lain tentang ketagih ubat batuk.

Main teri adalah satu produk budaya yang berupaya merawat saka, dan orang masuk hantu.

Siapa peduli kiranya jika Pak Chu memperjuangkan main teri, dia sendiri tahu itu; “Kalau Cina, dia punya pasal.”

Pak Chu adalah penerus main teri di tengah-tengah pengharaman produk budaya ini di Kelantan.

Menerusi penubuhan Sri Campuran, Pak Chu juga merupakan orang yang membolehkan Dollah Baju Merah beroleh permit untuk main teri yang diketengahkan di tokong-tokong, khusus ketika puncak tekanan golongan agamawan Kelantan terhadap budayawan tradisional.

Jadi beginilah budayawan melawan agamawan.

Adat Melayu malah diselamatkan Cina untuk memanjangkan hayat kerja budaya Melayu itu sendiri. Tidakkah itu aneh?

Memang dokumentari pendek ini tidak menyediakan apa-apa hujah balas daripada pengamal seni tradisional itu.

Orang yang bertanggungjawab menyediakan wacana perlawanan itu ditanggung oleh Afiq yang menghebahkan bahawa adat istiadat itu adalah sumber hukum dan tidak harus dimusuhi.

Dokumentari terbitan Rhu Graha dan Iman Research ini memanjangkan semula satu wacana mengenai pertempuran agamawan dan budayawan, yakni bagaimana Islam Salafi menghakis identiti bangsa.

Apa Khabar Adiguru? ditayangkan di Rumah Seni Selangor pada 2 Oktober 2020 (Jumaat 8.30 malam).

Meskipun mengenai bahagian dari identiti Melayu, saya percaya semua bangsa akan dapat menghargai dokumentari ini.

Sepatah kata Afiq sebagai perantara di dalam dokumentari ini, “Budaya ini satu yang cair, tiada sempadan bangsa.”

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Taiwan military embraces same-sex marriages

Taiwan is the only Asian country to have legalised same-sex marriage.

Pandemic clips plane-maker rivals’ wings as both see profits plummet

But both companies are optimistic as they rebuild to come out flying on 'the other side of the pandemic'.

Kaji semula kontrak bekalan peralatan ketenteraan dari Perancis

Peralatan kritikal pertahanan negara dibekal dan masih diselenggara oleh pihak Perancis.

Time to go digital, SMEs told

It may be difficult but it will be worth it, struggling businesses told.

Sudah tiba masanya untuk transformasi digital PKS

Ia mungkin sukar tetapi berbaloi, kata pengalisis penyelidikan.