Sunday, March 7, 2021

Politik ‘Abah’ berani dan semakin hebat

Ramai yang menjangkakan Muhyiddin terpaksa berkampung di Putrajaya selepas pengumuman Anwar untuk mengelakkan kerajaannya jatuh.

Other News

BN rejects Ahmad Maslan as sec-gen in another blow to Zahid

This is the second time Zahid's choice of Barisan Nasional secretary-general has not gone down well with coalition leaders.

BN tolak Ahmad Maslan sebagai setiausaha agung, satu lagi tamparan pada Zahid

Cengkaman Umno terhadap Barisan Nasional kini dilihat semakin lemah.

Twitter founder’s auction of first tweet draws US$2 million bid

Buying a tweet means purchasing 'a digital certificate of the tweet, unique because it has been signed and verified by the creator'.

Oral Covid-19 treatment yields ‘promising’ trial data

A pill-based drug called molnupiravir caused a significant drop in patients' viral load after five days of treatment with it, drugmaker says.

Muhyiddin tiba di Jeddah bagi memulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi

Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Di saat-saat getir Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim cuba melakukan kejutan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan secara terbuka kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tumbang.

Gegaran yang dibuat Anwar pada 23 September lalu itu diperhebatkan dengan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan beliau tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada memberikan sokongan kepada Anwar.

Spekulasi pertukaran kerajaan menjadi liar di seluruh pelosok media sosial dan media dalam talian.

Siapakah ahli-ahli Parlimen Umno yang beralih arah?

Bilakah Anwar akan ke Istana Negara meskipun Agong di dalam keadaan gering.

Ini menyebabkan “hangatnya” kesilapan kenyataan bekas menteri pelancongan, seni dan budaya, Mohamaddin Ketapi yang mengaitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan terus tenggelam.

Bagi mana-mana ahli politik biasa, keadaan ini pasti mencemaskan terutamanya apabila kerajaan hanya bermajoritikan satu atau dua kerusi Parlimen.

Tetapi reaksi daripada Muhyiddin mengejutkan pihak kawan dan lawan.

Mesyuarat Kabinet terus berjalan seperti biasa.

Selepas mesyuarat Kabinet, Muhyiddin sekadar mengeluarkan kenyataan beliau masih perdana menteri selagi Anwar tidak dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

Ramai yang menjangkakan Muhyiddin terpaksa berkampung di Putrajaya selepas pengumuman Anwar untuk mengelakkan kerajaannya jatuh.

Tapi ini bukan sikap “Abah”.

Beliau meneruskan kerja dan berkempen di Sabah pada sebelah malamnya.

Pada malam kempen tersebut, Muhyiddin mengingatkan rakyat Sabah beliau adalah perdana menteri mereka, dan bukannya Anwar. Di dalam politik, serangan adalah pertahanan yang terbaik.

Keengganan Muhyiddin melayan provokasi Anwar menyebabkan fokus media beralih kembali ke Sabah.

Menggunakan populariti yang ada pada dirinya dan juga kejayaan mengawal pandemik Covid-19, Muhyiddin akhirnya berjaya memimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menewaskan Warisan Plus.

Meskipun pelbagai agensi badan pengkaji sebelum ini menjangkakan Warisan Plus akan menang lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah.

Calon ketua menteri Sabah pilihan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN Sabah Hajiji Noor semalam dipanggil mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin.

PN dan Barisan Nasional (BN) sebulat suara memilih calon pilihan Muhyiddin sebagai calon ketua menteri Sabah di sebalik suara protes kecil dari Umno dan Zahid sendiri.

Kejayaan Muhyiddin memimpin GRS menawan Sabah amat mengagumkan meskipun PN dan BN masih ada isu yang saling bercakaran sesama sendiri.

Kehebatan ini sesungguhnya tidak dapat ditandingi Anwar, yang hanya mampu membawa PKR menang dua daripada tujuh kerusi DUN yang dipertandingkan.

PRN Sabah memberikan indikasi bahawa politik Muhyiddin terlalu hebat dan berani.

Meskipun Zahid ibarat “menyimbah minyak ke api” ketika Anwar melakukan provokasi terhadap Muhyiddin dan mengganggu kempen GRS, perdana menteri kekal tenang dan membawa GRS ke arah kejayaan di Sabah.

Insiden ini bakal membuka mata bahawa Muhyiddin adalah penyelamat Umno, meskipun ada pemimpin Umno cuba “mengkaramkan” parti Melayu itu yang kini berada dalam kerajaan.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

BN’s ‘chief media officer’ suspended, but does the post exist?

Barisan Nasional is said to be in damage control mode after the release of a statement nearly identical to another issued by Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim.

Ketua pegawai media BN digantung, tetapi apakah jawatan itu wujud?

Jawatan itu diwujudkan bagi melindungi presiden Umno yang menerima kritikan parti komponen BN.

Gara-gara kenyataan Zahid mirip PH, BN gantung pegawai media

Kenyataan Umno yang dikeluarkan malam tadi tidak mendapat kelulusan Sekretariat Dewan Tertinggi terlebih dahulu.

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Judge removes himself from hearing Anwar’s appeal on sodomy conviction

Kamaludin Md Said says he had handled several other cases involving Anwar Ibrahim when he was with the Attorney-General's Chambers.