Saturday, January 22, 2022

Hujan lebat diramal berterusan di 5 negeri

Amaran waspada turut dikeluarkan di beberapa kawasan negeri-negeri itu.

Other News

Hujan lebat berterusan diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sehingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Berikutan itu, MetMalaysia  mengeluarkan amaran cuaca buruk di Hilir Perak dan Muallim di Perak, Gua Musang (Kelantan), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan (Pahang), Sepang (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Putrajaya.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran waspada bagi beberapa kawasan yang dijangka berlaku hujan berterusan iaitu Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak serta Pulau Pinang.

Amaran waspada juga melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Terengganu, Bera dan Rompin di Pahang, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat di Johor.

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir hari ini dengan penduduk dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara.

Sejumlah besar pengguna jalan raya turut terkandas di dalam kereta berikutan laluan ke rumah mereka ditenggelami air.

Selain Lembah Klang, beberapa negeri lain terutamanya di pantai timur Semenanjung turut terjejas akibat banjir musim tengkujuh kali ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles