AS umum bantuan ketenteraan tambahan kepada Ukraine
Pakej bantuan keselamatan baharu itu meliputi lapan sistem pertahanan udara Avenger, 59 Kenderaan Tempur Infantri Bradley dan 90 kenderaan Pengangkut Anggota Berperisai Stryker.
Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan ketenteraan tambahan bernilai AS$2.5 bilion (kira-kira RM10.7 bilion) untuk Ukraine, menurut Jabatan Pertahanan pada Khamis.
Pakej bantuan keselamatan baharu itu meliputi lapan sistem pertahanan udara Avenger, 59 Kenderaan Tempur Infantri Bradley dan 90 kenderaan Pengangkut Anggota Berperisai Stryker, lapor Agensi Anadolu.
Dengan bantuan ketenteraan terkini itu, peralatan yang dikeluarkan daripada inventori Jabatan Pertahanan untuk Ukraine sejak Ogos 2021 sebanyak 30.
AS menyalurkan bantuan keselamatan melebih AS$26.7 bilion (kira-kira RM115 bilion) kepada Ukraine sejak Rusia mula menceroboh negara itu pada 24 Februari 2022.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.