- Iklan -
Dunia

India, Pakistan, Afghanistan ucap tahniah kepada Anwar

Kesemua ketua negara berharap dapat bekerjasama secara rapat dengan Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Narendra Modi ketika lawatan rasmi ke Malaysia pada 2018. Gambar: AFP
Perdana Menteri Narendra Modi ketika lawatan rasmi ke Malaysia pada 2018. Gambar: AFP

India dan Pakistan menyuarakan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri yang baru dilantik Anwar Ibrahim.

"Saya berharap dapat bekerjasama rapat untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik India-Malaysia yang Dipertingkatkan," kata Perdana Menteri India Narendra Modi dalam perutusan tahniah pada  Khamis.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menerusi Twitter turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara," kata Shehbaz.

Kerajaan sementara Afghanistan turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Anwar. 

"Afghanistan dan Malaysia, negara Islam yang menjalinkan hubungan persahabatan sejak 1957. Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dasar luar IEA (Emiriah Islam Afghanistan) dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baru dalam beberapa bidang," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan. 

Sementara itu, Anwar menerusi Twitternya mengucapkan terima kasih kepada Modi atas perutusan tahniahnya dan menurut beliau India ialah rakan kongsi penting bagi Malaysia.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan budaya,” kata beliau. 

Anwar dilantik sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada Khamis.