- Iklan -
Dunia

Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pihaknya akan meneruskan usaha mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77 di New York. Gambar: AFP
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77 di New York. Gambar: AFP

Rusia dan Ukraine pada Rabu membuat pertukaran 200 tahanan perang menerusi perantaraan Turkiye dan usaha diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara, umum Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan memberitahu pemberita di New York bahawa pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah "langkah penting" ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara, lapor  Agensi Anadolu.

Beliau berkata usaha mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine diteruskan.

Presiden juga menyatakan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, sambil menambah: "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan saya yang menyumbang kepada proses ini."

Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin memuji pertukaran itu di Twitter dan menyebut ia merupakan antara pencapaian terpenting diplomasi keamanan yang dijalankan oleh Turkiye.

“Turkiye sentiasa mengutamakan keamanan,” tulisnya.

Sebelum ini, Erdogan memberitahu Putin dan Zelensky bahawa "tidak ada pemenang dalam peperangan yang berakhir dengan kematian orang."

Presiden berkata bahawa Turkiye mengikuti perkembangan Rusia dan Ukraine secara seimbang sejak perang bermula pada Februari dan lebih suka mendengar pandangan kedua-dua presiden di meja rundingan di Turkiye.