- Iklan -
Dunia

Ketibaan pelancong asing ke Indonesia cecah 1.2 juta setakat Julai

Pulau percutian terkenal Bali, menerima kedatangan pelancong hampir 9,000 orang setiap hari.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong beratur di lapangan terbang Bali. Pulau peranginan terkenal Indonesia itu menerima hampir 9,000 pelancong setiap hari. Gambar: AFP
Pelancong beratur di lapangan terbang Bali. Pulau peranginan terkenal Indonesia itu menerima hampir 9,000 pelancong setiap hari. Gambar: AFP

Ketibaan pelancong asing ke Indonesia untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini mencecah 1.2 juta, dipacu oleh pelaksanaan skim visa semasa ketibaan (VOA).

Ketibaan pelancong pada Julai meningkat kepada 476,970 dari 345,438 pada Jun, terutamanya membabitkan pelancong dari Australia, Singapura, Malaysia, India dan Amerika Syarikat, menurut Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.

Pulau percutian terkenal Bali, menerima kedatangan pelancong seramai 246,504 pada Julai, mencatat rekod baru sejak pandemik Covid-19 melanda, menyaksikan kunjungan hampir 9,000 pelancong setiap hari, menurut kementerian itu.

Pada masa ini, rakyat dari 75 negara layak mendapat VOA termasuk pelawat dari Maldives, Monaco, dan Colombia, kata menterinya Sandiaga Salahuddin Uno dalam satu kenyataan.

Indonesia, negara kepulauan terbesar terdiri daripada lebih 17,000 pulau, menyasarkan untuk menarik 3.6 juta ketibaan pelancong asing tahun ini.