- Iklan -
Dunia

Arab Saudi bakal labur AS$1 bilion di Pakistan

Pelaburan itu dijangka dapat membantu ekonomi Pakistan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Raja Salman Abdul Aziz Al Saud mengeluarkan perintah untuk membuat pelaburan AS$1 bilion bagi membantu ekonomi Pakistan. Gambar: AFP
Raja Salman Abdul Aziz Al Saud mengeluarkan perintah untuk membuat pelaburan AS$1 bilion bagi membantu ekonomi Pakistan. Gambar: AFP

Arab Saudi dijangka melabur US$1 bilion untuk menyokong ekonomi Pakistan.

Raja Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud telah mengeluarkan perintah untuk membuat pelaburan itu, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Khamis.

Menteri Luar Faisal Farhan Abdullah memberitahu rakan sejawatnya dari Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengenai keputusan kerajaan itu ketika perbualan di telefon.

Kedua-dua menteri turut membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, lapor SPA.

Sementara itu, Bilawal menerusi ciapan di Twitter berkata beliau memberi taklimat kepada menteri luar Arab Saudi itu mengenai kerosakan akibat kejadian banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Pakistan.

Pakistan, mengalami kemerosotan rizab pertukaran asing dan peningkatan inflasi, menerima komitmen pelaburan berjumlah AS$3 bilion daripada Qatar pada Rabu, menurut agensi berita Qatar.