- Iklan -
Dunia

Pembantu Imran Khan dimasukkan ke hospital selepas ditahan polis

Shahbaz Gill didakwa telah diseska ketika berada dalam tahanan polis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan. Gambar: AFP
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan. Gambar: AFP

Pembantu peribadi bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan Shahbaz Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis.

Gill, merupakan pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), telah ditahan polis pada 9 Ogos di Islamabad berikutan kenyataan kontroversinya mengenai tentera menerusi siaran di televisyen.

Imran dan pemimpin tertinggi PTI mendakwa Gill telah dibogelkan dan diseksa selepas penahanannya.

Seorang hakim mahkamah rendah Islamabad pada Rabu meluluskan reman ke atas Gill dilanjutkan dua hari lagi untuk soal siasat.

Kesihatannya kini dilaporkan merosot dan Gill dibawa ke hospital.

Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan keadaan Gill diusung di atas pengusung sambil memakai alat bantuan pernafasan.

Imran mendakwa "keadaan kesihatan mental dan fizikal Gill semakin merosot akibat penyeksaan yang dilakukan terhadap beliau" ketika dalam tahanan.