- Iklan -
Dunia

Jepun sahkan kes pertama cacar monyet

Lelaki itu mengalami gejala demam, sakit kepala dan ruam sejak 15 Julai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka ketika menyeberang jalan di Otemachi, Tokyo pada 27 Mei 2020.
Orang ramai memakai pelitup muka ketika menyeberang jalan di Otemachi, Tokyo pada 27 Mei 2020.

Jepun mengesahkan kes pertama cacar monyet pada Isnin melibatkan seorang lelaki berusia 30-an di Tokyo, lapor agensi berita Kyodo memetik kerajaan metropolitan Tokyo.

Lelaki itu telah berkunjung ke negara Eropah pada akhir Jun hingga pertengahan Julai, dan dia disahkan kontak rapat kepada seorang pesakit cacar monyet.

Lelaki itu telah dimasukkan ke hospital, dan mengalami gejala demam, sakit kepala dan ruam sejak 15 Julai.

Para pegawai kerajaan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah yang perlu diambil untuk berdepan wabak cacar monyet di negara itu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu mengisytiharkan wabak penyakit berjangkit itu sebagai kecemasan kesihatan global.

Jangkitan telah dilaporkan di luar Afrika Tengah dan Barat sejak Mei, di mana penyakit itu adalah endemik.

Simptom termasuk demam, ruam, kulit melecet dan nodus limfa bengkak akan kelihatan selepas tempoh inkubasi dari lima hingga 21 hari.