- Iklan -
Dunia

Rusia sahkan kes pertama cacar monyet

Kes yang dilaporkan itu membabitkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit AS menunjukkan simptom cacar monyet di Republik Congo pada 1997. Gambar: AFP
Gambar fail Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit AS menunjukkan simptom cacar monyet di Republik Congo pada 1997. Gambar: AFP

Rusia mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah, lapor Sputnik.

"Kes pertama wabak cacar monyet telah disahkan di Rusia. Kes membabitkan seorang remaja yang baru pulang selepas mengunjungi Eropah.

“Remaja berkenaan mengalami ruam (simptom biasa bagi mereka dijangkiti cacar monyet) dan telah mendapatkan rawatan di kemudahan perubatan," menurut agensi pemantau hak asasi manusia, Rospotrebnazor.

Rospotrebnadzor menjelaskan bahawa pesakit mengalami gejala ringan dan telah dikuarantin.